Apa Itu GAP?

GAP ialah akaun emas, singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah satu kaedah pembelian emas yang memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah, paling murah dan yang paling penting, ianya patuh syariah.

PEMBELIAN EMAS SERENDAH RM100
Akaun emas GAP sesuai kepada sesiapa yang mempunyai bajet kecil atau ada masalah untuk menyimpan emas sendiri. Dengan kaedah ini, pembeli yang mempunyai bajet yang kecil berpeluang membeli dan mengumpul secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100, ke dalam akaun emas GAP mereka.
Bagi pembeli yang mempunyai bajet yang besar dan tidak mahu menyimpan emas sendiri, mereka boleh membeli dengan banyak pada sesuatu masa dan menyimpan emas mereka dalam akaun emas GAP. Pembelian emas yang dibuat melalui akaun emas GAP akan ditukar jadi gram emas 100%.
Akaun emas GAP sama konsep seperti akaun bank. Akaun duit dalam bank ada ringgit, manakala akaun emas di Public Gold ada gram. Gram yang terkumpul dalam akaun emas akan dinilai mengikut harga emas semasa, dimana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Ringgit dalam akaun bank, dinilai dengan kuasa beli sesuatu masa. Berbeza dengan emas, nilai duit sentiasa dalam keadaan menurun dalam sesuatu jangkamasa.

EMAS GAP DISOKONG EMAS FIZIKAL
Emas dalam akaun GAP disandarkan kepada emas fizikal. Maksudnya ianya boleh ditukar kepada fizikal gold bar atau dinar pada bila2 masa, bila gram sudah mencukupi.

24 JAM TRANSAKSI ONLINE
Urusan jual beli emas boleh dibuat atas talian melalui perkhidmatan transaksi atas talian 24 jam yang disediakan oleh Public Gold. Ini adalah satu kelebihan kerana semua urusan jual beli emas boleh dibuat online mengikut masa yang sesuai bagi pembeli, tanpa perlu pergi ke cawangan Public Gold.

AKAUN BERSAMA ANAK
Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan atau identiti kad sesebuah negara. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

TIADA UPAH SIMPANAN
Emas dalam akaun GAP disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Gram emas boleh dibeli dan dikumpul dari masa ke semasa, tiada upah simpanan dan tiada komitmen bulanan.

18 CAWANGAN SELURUH NEGARA
Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh negara. Ini penting kerana ia menunjukkan kekukuhan Public Gold sendiri sebagai sesuatu institusi jual beli emas. Untuk pemegang akaun GAP, dengan kemudahan ini, mereka boleh pergi ke cawangan terdekat untuk mengambil emas fizikal mereka. Public Gold juga mempunyai cawangan di Jakarta dan Singapura.

PRINSIP PATUH SYARIAH DALAM GAP
Kaedah yang digunakan ialah:

  1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).
  2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).
  3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

  1. Emas dalam akaun GAP disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Gram emas boleh dibeli dan dikumpul dari masa ke semasa, tiada upah simpanan dan tiada komitmen bulanan.
  2. Emas dalam akaun GAP yang terkumpul boleh dikeluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat. Emas yang mempunyai berat di bawah 21.25g (5 dinar) boleh dihantar ke rumah atau pejabat melalui perkhidmatan GIT Gold In Transit berinsuran. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada berat emas fizikal yang dikeluarkan.
  3. Emas dalam akaun GAP boleh diArrahnu terus ke Public Gold tanpa perlu mengeluarkan ia terlebih dahulu kepada emas fizikal.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

  1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Walau bagaimanapun penyimpan boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila ingin membuat pembelian melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
  2. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

  1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.
  2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
  3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
  4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

  1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam kecuali bila harga emas fizikal naik mendadak seperti apa yang berlaku pada bulan Ogos 2020.
  2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 dinar sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my