Apakah sebenarnya Caj Gold Premium?

Caj Gold Premium ialah kos terlibat untuk menghasilkan produk akhir (emas/ perak fizikal). Kos termasuk kos logistik, gaji pekerja Public Gold, Insuran dan juga kos minting.

Analogi untuk lebih faham ialah Ibarat kalau beli ayam, harga ayam di pasar tak sama dengan ayam goreng yang dijual oleh KFC. Kos tambahan untuk menghasilkan produk akhir itulah dinamakan “premium”.

Untuk makluman semua, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia dimana harga emas fizikal dikemaskinikan setiap 20 minit dan harga emas akaun emas GAP dikemaskinikan sekali sehari pada pukul 12 malam. Harga yang dipaparkan di Public Gold website belum termasuk Caj Gold Premium.

Bagaimana cara jimatkan Caj Gold Premium?

Untuk jimatkan caj ini, sebagai contoh, adalah lebih baik anda mengumpul dulu gram yang lebih besar dalam akaun GAP untuk menukarkannya kepada 10g gold bar, daripada mengeluarkan 1 gram beberapa kali sebanyak 10 keping.

Caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 sekeping. Kalau menukarkannya kepada 10 keping, anda perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM15 sekeping. Jimat RM85 (RM100 – RM15).

Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah Caj Gold Premium per gram.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran (postage) kepada pembeli seperti caj poslaju.

Untuk penghantaran emas terus ke rumah, ia perlu melalui servis penghantaran berinsuran yang dinamakan GIT (Gold-In-Transit).

Adakah sama Caj Gold Premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara Easy Payment Purchase EPP, ada caj tambahan dikenakan.

Bagi yang buat belian secara Easy Payment Purchase (EPP) 4x atau 10x bayaran (bila ada promosi), ada caj tambahan yang dinamakan EPP Premium.

Caj ini dikira untuk setiap keping item emas / perak. Senarai caj boleh rujuk pada jadual di bawah.

Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium.

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre untuk memudahkan urusan pembeli.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Lihat video di atas untuk kenali Public Safe, iaitu tempat di mana Public Gold menyimpan stok emasnya.