KELEBIHAN SIMPANAN EMAS

Emas merupakan aset yang sangat bernilai. Sejak ribuan tahun lalu, emas digunakan sebagai wang sebenar dan terbukti mengekalkan nilainya sehingga hari ini. Emas yang paling mudah dimiliki. Tak perlu berhutang dan bayar deposit tinggi, boleh mula serendah 1 gram, guna duit poket sendiri! Ini 1 dinar emas. Pada zaman nabi, nilai 1 dinar emas mampu membeli seekor kambing. Hari ini, 1 dinar emas bernilai sekitar RM1200, juga mampu membeli seekor kambing. Nilai emas tidak susut sejak 1400 tahun lalu. Tidak hairanlah ianya beberapa kali disebut dalam Al-Qur'an. Tidak seperti duit ringgit, saban tahun nilainya semakin berkurang! 5 SIFAT ISTIMEWA EMAS #1 Takat lebur (melting point) emas ialah 1,064 °C. Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180°C, kek sudah cukup masak. Pada suhu ini juga duit kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah juga boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini. #2 Emas tidak dapat dimusnahkan. Walaupun dibakar ia tetap jadi ketulan emas semula, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. #3 Emas tiada tarikh luput. Zaman atau kerajaan telah bertukar tetapi emas terus bernilai dan diterima. #4 Emas tidak boleh dicipta, dicetak atau dimusnahkan oleh manusia. Nilainya akan semakin meningkat kerana jumlah emas yang ada di muka bumi ini adalah terhad. #5 Emas adalah konduktor elektrik yang sangat baik. Emas digunakan sebagai logam sentuhan dalam industri elektronik kerana ia merupakan konduktor yang baik bagi kedua-dua elektrik dan haba. EMAS PENYELAMAT KETIKA BERLAKU KECEMASAN Emas sesuai dijadikan sebagai alternatif simpanan dan sangat berguna apabila berlaku kecemasan. Bila berlaku kecemasan, anda boleh dapatkan wang tunai segera. Emas boleh dijual atau dipajak di mana-mana kedai emas atau Ar-Rahnu terdekat. sumber: Ar-Rahnu YAPEIM Kita tak tahu apa yang…

0 Comments

Boleh Ke Emas Dijadikan Belanja Haji ?

Boleh tuan-tuan, puan-puan. Emas tu kan duit yang lebih tahan lama dan adil nilainya . Tak percaya? Cuba tengok info di bawah ni 👇🏻👇🏻👇🏻 Tahun | kos haji | harga emas | jumlah gram ✔️1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram ✔️1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram ✔️2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram ✔️2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram ✔️2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram ✔️2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram ✔️2020 - RM9,980 (RM304/g) = 33 gram ✔️2022 - RM9,980 (RM282/g) = 35 gram Nampak tak dengan guna emas, kita dapat diskaun lebih 80% untuk belanja haji dari tahun 1998? Tujuan dan matlamat adalah nak pergi haji. Kaedah kewangan yang digunakan adalah simpanan emas. Bijak ke sangat bijak? Simpan dulu duit dalam TH. Cukup RM1,300 daftar la haji. Pastu kumpul gram emas. Cukup saja gramnya jualkan emas dan tambah duit tu dalam akaun TH. Kemudian buat rayuan percepatkan tarikh pergi haji. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk menunaikan rukun islam ke-5 ! Sekarang anda tahu formulanya, apakah tindakan yang akan anda lakukan? Tukarkan wang anda kepada Emas. Mulakan dengan RM100. Kalau tak mula, duit tetap habis juga kan? Kepada yang belum berdaftar cepat daftar percuma sekarang di link website saya. Anda juga boleh daftar untuk ibu ayah dan mulakan juga untuk mereka, semoga allah perluaskan lagi rezeki anda. https://publicgold.me/shuhaidaramli

0 Comments

Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online. Gold Accumuation Program merupakan produk Public Gold. KonsepGold Accumulation Program (GAP) sama seperti akaun bank online, bezanya akaun GAP memaparkan simpanan gram emas manakala akaun bank memaparkan simpanan wang ringgit. Public Gold juga menyediakan Akaun SAP – Silver Accumulation Program, akaun perak secara online. Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma dan tiada tarikh luput iaitu penyimpan emas boleh menambah belian emas GAP bila-bila masa dan di mana sahaja secara online. 7 Kelebihan Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran.Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.Boleh menebus emas fizikal secara fleksibel, serendah 1 gram.Akaun GAP/SAP disahkan patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd. Cara Buka Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Daftar Akaun Gold Accumulation Program (GAP) secara percuma di sini, atau dapatkan bantuan dealer Public Gold sah di sini. Download app Public Gold bagi memudahkan anda melakukan pembelian dan penjualan emas melalui akaun GAP. App Public Gold di App Store: https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964App Public Gold di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold&hl=en&gl=US Tutorial Cara Pembelian Emas Akaun GAP Harga emas GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12am. Contohnya, harga emas pada 12 Mac 2022 adalah RM287/gram. Oleh itu, jika anda membeli emas dengan harga RM287 pada hari tersebut, anda akan menerima 1 gram emas. Jika anda membeli RM100, anda akan menerima 0.3484 gram. Pembelian gram emas GAP melalui app Public Gold menggunakan kaedah bayaran FPX…

0 Comments

Bersedia Kenaikan Harga Barang 30% hingga 200%

Rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga. Semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung ke­perluan domestik. Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika. Tekan link bawah untuk info lanjut https://www.google.com/amp/s/limaminit.com/harga-barang-naik-sehingga-200-tahun-depan-apa-rakyat-perlu-buat/amp/ Bila kita kita berada dalam keadaan ekonomi sebegini, apakah ia sebenarnya. Dalam ekonomi sebeginilah dikatakan sebagai inflasi. Dengan peningkatan harga, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Walaupun apa kadar inflasi yang diumumkan, kadar inflasi sebenar dapat dirasai oleh rakyat jelata, bila harga keperluan harian dan perkhidmatan naik mendadak dan keadaan akan lebih teruk lagi kerana ia diramal akan menaik dengan lebih tinggi lagi menjelang 2022. Inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai matawang. Bila harga barang semakin naik, kuasa beli menurun dan ia memberi kesan kepada nilai matawang ringgit yang menyebabkan nilai ringgit semakin menyusut. Apa kaitan dengan harga emas? Sedangkan barang biasa pun naik, manakan emas, tentulah naik juga kan? Jadi nilai emas akan naik walaupun harga emas dunia tidak naik. Kenapa begitu? Kerana harga emas dunia adalah dalam dollar Amerika dan bila ditukar kepada ringgit Malaysia harga emas akan lebih tinggi kerana kita perlu ringgit yang lebih banyak untuk membeli berat emas yang sama, walaupun harga emas dunia tidak naik. Contoh harga emas dunia pada tahap USD 1800/oz, harga emas Malaysia pada masa itu adalah RM190/g. Kini pada harga emas dunia yang sama USD 1800/oz harga emas Malaysia berharga RM263/g. Keadaan ini terjadi bila nilai ringgit Malaysia jatuh…

0 Comments

Strategi dan Konsep Menyimpan atau Melabur dengan Pemurataan Kos (Cost Averaging)

Pemurataan kos merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam setiap pelaburan, termasuk pelaburan emas. Penyimpan atau pelabur emas mengamalkan strategi ini untuk membeli dan mengumpul emas secara berterusan tanpa mengambil kira harga belian emas semasa. Focus utama penyimpan atau pelabur ialah pengumpulan emas. Teknik kos pemurataan ini sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang. Strategi simpanan jangkamasa panjang yang menggunakan teknik ini sebenarnya ialah untuk mengambil peluang (leverage) dua keadaan perkembangan harga emas: Trend perkembangan harga emas jangkamasa pendek. Dalam jangkamasa pendek, harga emas akan turun dan naik kerana di pasaran saham adanya pembeli dan penjual yang meraih keuntungan untuk jangkamasa pendek.Dengan adanya situasi begini, pelabur emas fizikal jangkamasa panjang yang konsisten menyimpan berpeluang membeli emas pada harga yang rendah pada masa-masa tertentu. Ini secara tak langsung akan mengecilkan purata belian emas per gram secara keseluruhan.Trend perkembangan harga emas jangkamasa panjang. Trend harga emas menaik dalam jangkamasa panjang. Lebih lama simpan lebih tinggi nilainya. Dengan strategi menyimpan secara berterusan dan konsisten, simpanan emas terkumpul akan banyak dan lebih menguntungkan bila harga emas meningkat.Strategi ini lebih efektif kepada penyimpan atau pelabur yang membuat perancangan kewangan yang teratur dengan mengagihkan jumlah tertentu dari pendapatan mereka untuk membuat simpanan secara konsisten dan berterusan. Apakah tujuan pemurataan kos? Pemurataan kos bertujuan untuk merendahkan purata harga emas per gram yang dibeli di dalam sesuatu jangkamasa. Untuk memudahkan pemahaman mengenai faedah pemurataan kos, lihat simulasi ringkas berikut. Formula pengiraan boleh dibuat untuk semua jumlah gram emas yang dibeli. Untuk mudah faham kita ambil contoh simpanan 1 gram 1 bulan. BulanJumlah Gram emas yang diperolehi (Gram)Harga emas per gram (RM)Jumlah Pelaburan (RM)Jan1 Gram220220Feb1 Gram 236236Mar1 Gram 234234Apr1 Gram 256256May1 Gram 260260Jun1 Gram…

0 Comments

Zakat Emas: Penyimpan dan Pelabur Emas perlu tahu

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah: “Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud) Apakah Syarat Wajib Zakat: Islam  – Zakat harta diwajibkan ke atas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.Merdeka – Zakat hanya wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.Sempurna milik – Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.Cukup nisab – Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.Cukup haul – Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi. Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah. Zakat Harta Emas Nisab emas ialah 20 dinar, 1 dinar = 4.25 gram, maka nisab emas adalah 20 x 4.25 gram = 85 gram. Zakat emas wajib dikeluarkan ke atas : Emas fizikal (barang kemas, Gold bar, Syiling emas – Dinar)Emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas), Akaun simpanan emas (GAP) danEmas dalam gadaian (Ar Rahnu)Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah bersamaan atau melebihi 85 gram. Selangor Boleh rujuk https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/ Kuala Lumpur Boleh rujuk https://www.zakat.com.my/ Kiraannya berbeza bagi situasi yang berikut; Emas PerhiasanEmas Bukan PerhiasanEmas Bercagar (Ar Rahnu)Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)Zakat Emas Untuk Perniagaan Emas PerhiasanEmas perhiasan adalah emas yang digunakan atau dipakai sebagai perhiasan sama ada sekali-sekala atau berterusan, dan jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat mengikut ketetapan Majlis…

0 Comments

Adakah Public Gold Patuh Syariah?

Bila dapat soalan macam ni saya rasa bangga sebab banyak orang dah makin menitikberatkan isu ini. Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas. Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang memiliki sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Siapakah sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold? Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Biodata Penasihat Syariah Public Gold Mari saya perkenalkan, Penasihat utama syariah Public Gold. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Kumpulan Amanie dan sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Penyeliaan Syariah The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM). Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah menerbitkan sejumlah artikel dalam pelbagai jurnal akademik dan membuat banyak pembentangan dalam pelbagai persidangan di seluruh dunia. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga merupakan ahli lembaga Syariah Indeks Pasaran Islam Dow Jones (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Middle East (London), antara institusi kewangan lain. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Berikut adalah pencapaian Public Gold (PG) dalam initiasif mendapatkan sijil pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd. 16 Januari 2017PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik). 8 Februari 2017 PG dianugerahkan sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas,…

0 Comments

Kriteria Sebelum Membeli emas

9 Kriteria yang wajib diambil kira sebelum membeli emas fizikal 999.9 Patuh SyariahSebagai seorang islam ini ialah perkara pertama yang perlu diambil kira. Pastikan syarikat memperolehi sijil pengesahan patuh syariah dari syarikat yang bertauliah yang mempunyai perkhidmatan “syariah advisory and consultancy”. Walau bagaimanapun, tanpa memiliki sijil tak semestinya syarikat itu tak patuh syariah. Cuma ia memerlukan kita sendiri untuk memastikan process jual beli patuh syariah.Harga Jual yang MurahBuat perbandingan harga beberapa syarikat jual beli emas 999.9 yang lain. Elok juga dapatkan harga dari kedai emas yang besar yang juga menjual emas 999.9, contoh Poh Kong, Habib Jewel. Perbandingan harga perlu dibuat bukan dengan harga promosi ya, sebab harga promosi mengikut musim. Carilah harga sememang rendah untuk anda membeli. Tapi perlu ingat tidak semestinya apa yang murah itu bagus sebab ada lagi kriteria lain yang perlu diambil kira, seperti susut nilai. Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang digembar-gemburkan, ambil kira fakta lain kerana kadang-kadang harga belian murah tapi susut nilainya bila nak jual balik lebih tinggi dari tempat lain.Susut Nilai (Spread) yang RendahAnda perlu tahu berapa kadar peratus (%) susut nilai yang dikenakan ketika hendak menjual semula emas. Ini kerana jika kadar peratus (%) susut nilai emas itu tinggi, ia memakan masa yang sangat lama untuk mendapatkan keuntungan dari hasil jualan.Stok emas tidak terhadPastikan syarikat berkenaan boleh menyediakan (supply) emas secara konsisten apabila harga turun. Kriteria ini sangat penting kerana bila harga emas turun dengan mendadak, sekiranya stok terhad, anda tidak akan berpeluang membuat pembelian ketika harga rendah.Mempunyai banyak cawanganBila syarikat mempunyai banyak cawangan ia juga menunjuk kekukuhan syarikat itu sendiri. Dengan cawangan syarikat yang banyak ia boleh memudahkan urusan jual beli dan anda boleh berurusan dengan sendiri dan lebih selamat, bergantung…

0 Comments

8 Good Reasons To Own Gold

Throughout history, gold has been seen as a special and valuable commodity. Today, owning gold can act as a hedge against inflation and deflation alike, as well as a good portfolio diversifier. As a global store of value, gold can also provide financial cover during geopolitical and macroeconomic uncertainty

0 Comments

Apa Fakta yang menyebabkan harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

Kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP. Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama. Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

0 Comments