Kadar Inflasi Naik Lagi

1. Saya menulis satu post pada 25 Jun tentang kadar inflasi yang meningkat di USA dan di Malaysia. Kadar inflasi di USA pada bulan Mei ialah 5% (vs 1.4% di bulan Januari) sementara kadar inflasi di Malaysia ialah 4.4% (vs -0.2% di bulan Januari).

2. Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di USA pada bulan Jun telah naik lagi kepada 5.4%! Kadar inflasi di Malaysia pada bulan Jun ialah 3.4%.

3. Berita ini adalah buruk kerana inflasi membuat kuasa belian matawang jatuh. Jika ianya berterusan, satu hari nanti kita akan membayar RM20 untuk secawan white coffee! (Bear in mind yang pendapatan kita kekal dan tidak meningkat!)

4. Jadi kita perlu bertindak untuk menyelamatkan kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Tiga pelaburan tersebut adalah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.

5. Jadi jika anda ingin menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejatuhan nilai ringgit, maka anda perlulah bertindak dengan melabur dalam satu, dua atau terbaiknya, ketiga-tiga pelaburan di atas.