Apakah Akaun Emas?
Akaun emas atau akaun pelaburan emas adalah satu kaedah yang mudah untuk memulakan simpanan emas mengikut harga emas semasa. Ia juga merupakan salah satu kemudahan bagi penyimpan emas untuk menabung emas. Akaun emas juga merupakan alternatif bagi penyimpan emas tanpa memegang emas dan selamat daripada risiko kecurian.
Kenapa perlu buka Akaun Emas?
-
Beli emas secara atas talian
Emas boleh dibeli secara online pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, semua dihujung jari. Mula menyimpan serendah RM100
-
Pengeluaran emas pada bila-bila masa
Pengeluaran emas dalam akaun boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk disimpan sendiri dengan mudah
-
Akaun emas tanpa had masa dan jumlah
Penyimpanan emas dalam akaun tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan emas.
-
Penyimpanan emas selamat di mana sahaja
Bagi pelabur emas yang takut menyimpan emas sendiri di rumah, peminat emas modal rendah atau pelabur emas yang berada jauh dari cawangan atau luar negara berpeluang melabur atau menyimpan emas dengan selamat dalam akaun emas.
-
Penyediaan arahan bulanan bank
Penyimpanan emas tetap bulanan boleh dilakukan dengan Arahan tetap bulanan (monthly standing instruction) bagi mengumpul pengumpulan emas yang tetap seperti RM200 sebulan dan sebagainya.
-
Jual Emas Online
Jual semula emas secara online ke Public Gold dan dapatkan tunai terus ke akaun anda