Harga Emas

Prestasi Harga Akaun Emas GAP May 2023

No Data Found

Analisis Harga Emas May 2023

Secara keseluruhan harga emas bulan Mei 2023 lebih tinggi dari bulan April 2023 dengan purata harga emas lebih tinggi pada RM310/g.

Pada awal bulan, harga emas melonjak melepasi paras $2,000 susulan pengumuman data pekerjaan AS turun kepada 9.6 juta, lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Mac. Emas terus melonjak melepasi paras $2,050 apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi petanda berhenti dalam pengetatan kadar.

Harga emas juga dipengaruhi oleh ketidaktentuan mengenai kenaikan siling hutang.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP April 2023

No Data Found

Analisis Harga Emas April 2023

Harga emas pada bulan April 2023 berada pada paras tinggi melebihi RM300/g dengan harga tertinggi RM311/g pada pertengahan April 2023. Kenaikan harga didorong oleh (1) laporan inflasi A.S. yang lemah, (2) indeks dolar A.S. yang merosot dan (3) kenaikan harga minyak mentah. Harga emas $2,039 per auns ketika itu. Secara keseluruhan pergerakan harga emas bulan April 2023 mendatar melepasi paras RM300/g dengan lonjakan tertinggi pada pertengahan bulan.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Mac 2023

No Data Found

Analisis Harga Emas Mac 2023

Harga emas Mac 2023 (GAP) menyaksikan kenaikan mendadak lebih 5% secara purata dan mencatatkan harga GAP berada pada RM308 per gram, tertinggi dalam sejarah.

Lonjakan harga emas dipengaruhi oleh keruntuhan bank kedua terbesar dalam sejarah A.S., iaitu Silicon Valley Bank (SVB), diikuti dengan Signature Bank.

Pertaruhan dalam kalangan pelabur dan penganalisis bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengurangkan kenaikan kadar faedah, turut mendorong kenaikan harga emas.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Februari 2023

No Data Found

Analisis Harga Emas Februari 2023

Harga emas GAP bulan Februari turun secara purata sebanyak RM4.50 per gram dengan graf mencatatkan penurunan di awal bulan dan kemudian hambar pada hujung bulan.

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mac 2023?

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Januari 2023

No Data Found

Analisis Harga Emas Januari 2023

Harga emas GAP bulan Januari naik secara purata sebanyak RM9.55 per gram dengan graf mencatatkan kenaikan di pertengahan bulan.

Harga emas mencecah $1,900 per auns di pertengahan bulan.Harga emas dijangka meningkat ke arah rekod tertinggi melebihi $2,000 seauns tahun ini, walaupun dengan beberapa siri turun naik, apabila Amerika Syarikat memperlahankan kadar kenaikan kadar dan akhirnya berhenti menaikkannya, menurut penganalisis industri.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Disember 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas Disember 2022

Pergerakan harga emas pada bulan Disember mendatar dengan purata harga emas GAP berada pada RM275.45 per gram.

Secara keseluruhan harga emas pada tahun 2022 dilihat terdapat banyak kejutan siri turun naik harga. Pada awal tahun, dunia dikejutkan dengan peperangan antara Rusia dan Ukraine yang menyaksikan kenaikan harga mendadak hingga hampir mencapai paras harga emas tertinggi dalam sejarah. Dalam memerangi inflasi pula, Federal Reserve (Fed) sudah beberapa kali mengetatkan dasar monetari dengan menaikkan kadar. Ini memberi kelebihan kepada raja matawang USD seterusnya menekan harga emas ke bawah.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP November 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas November 2022

Harga emas November 2022 (GAP) pada bulan November naik secara purata sebanyak RM6.88 per gram dengan graf mencatatkan kenaikan di separuh pertama bulan, melepasi $1700, paras tertinggi dalam 2.5 bulan, berikutan laporan inflasi A.S. dan seterusnya mendorong indeks dolar A.S. dan hasil perbendaharaan A.S. menurun.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Oktober 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas Oktober 2022

Harga emas GAP pada bulan Oktober naik secara purata sebanyak RM5.92 per gram dengan graf mencatatkan kenaikan di separuh pertama bulan Oktober.

Awal bulan Oktober harga emas melonjak melepasi paras $1700 apabila hasil perbendaharaan menurun dan menyebabkan dolar lebih rendah. Namun harga emas tertekan dari pertengahan bulan oleh indeks dolar A.S. yang lebih tinggi dan hasil Perbendaharaan A.S. yang meningkat.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP September 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas September 2022

Tindakan Fed menaikkan kadar faedah bagi membendung kadar inflasi yang tinggi telah menyebabkan beberapa siri kejatuhan, dengan harga emas menjunam ke paras terendah tahun ini dan sejak 2 tahun lepas pada pertengahan bulan September 2022.

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, bagaimana pula prestasi harga emas bulan Oktober 2022?

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Ogos 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas Ogos 2022

Pada pertengahan bulan Ogos harga emas menghampiri paras tertinggi $1,800 seauns berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat antara A.S. dan China dan indeks dolar A.S. yang lemah dan peningkatan permintaan safe haven. Walaubagaimanpun tindakan Fed menaikkan kadar faedah bagi menangani kadar inflasi yang tinggi telah mengubah haluan harga emas kepada trend penurunan, menghampiri paras terendah tahun 2022. Susulan itu pengukuhan matawang dolar AS telah menyebabkan beberapa siri kejatuhan harga emas

Prestasi Harga Akaun Emas GAP July 2022

No Data Found

Analisis Harga Emas Julai 2022

Tindakan Fed menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi telah menyebabkan beberapa siri kejatuhan harga emas pada bulan Julai dengan rekod terendah di bawah paras $1700 iaitu $1692 per auns.

2 fakta utama yang menyebabkan penurunan harga emas ialah (1) Kesan kenaikan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Bank Pusat) AS dan (2) Pengukuhan Matawang Dolar AS, index dolar AS merekod paras tertinggi sejak 20 tahun.

Harga emas naik semula berlegar di paras $1,720 per auns di akhir bulan. Menurut penganalisis, penetapan kadar faedah oleh Fed AS dalam masa terdekat akan bakal memberi halatuju baharu kepada logam berharga itu.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP Jun 2022

No Data Found

Analisa Harga Jun 2022

Inflasi masih merupakan faktor yang memberi kesan kepada harga emas, tetapi ada faktor lain seperti kekuatan USD dan hasil bon yang memberi impak negatif kepada harga emas.

Pelabur mengambil peluang menambah pegangan emas mereka bila harga emas berada di bawah trend line pada akhir bulan Jun, satu peluang merendahkan purata belian harga emas.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP May 2022

No Data Found