Adakah Public Gold Patuh Syariah?

Bila dapat soalan macam ni saya rasa bangga sebab banyak orang dah makin menitikberatkan isu ini. Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas.

Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang memiliki sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Siapakah sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold?

Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Biodata Penasihat Syariah Public Gold

Mari saya perkenalkan, Penasihat utama syariah Public Gold. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Kumpulan Amanie dan sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Penyeliaan Syariah The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM).

Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah menerbitkan sejumlah artikel dalam pelbagai jurnal akademik dan membuat banyak pembentangan dalam pelbagai persidangan di seluruh dunia.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga merupakan ahli lembaga Syariah Indeks Pasaran Islam Dow Jones (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Middle East (London), antara institusi kewangan lain.

Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah pencapaian Public Gold (PG) dalam initiasif mendapatkan sijil pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd.

16 Januari 2017
PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).

8 Februari 2017
PG dianugerahkan sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

11 November 2017
PG mendapat pengesahan patuh syariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. iaitu panel shariah yang diasaskan oleh Datuk Mohd Daud Bakar sendiri. Ini bermakna, dengan adanya sijil pengiktirafan patuh syariah, ia sekaligus akan meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Sejarah Pendidikan Datuk Dr Mohd. Daud Bakar.

Ph.D., University of St. Andrews, Scotland
Bachelor of Shariah (Fiqh wa Usuluhu), Kuwait University, Kuwait
Bachelor of Jurisprudence (external), University of Malaya, Malaysia

Penjelasan peribadi Datuk Dr. Mohd Daud Bakar tentang sijil patuh syariah yang diberikan kepada Public Gold. Posting asal boleh dirujuk DI SINI.

Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya di mana Datuk Dr. Mohd Daud Bakar mengumumkan pengesahan patuh syariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP.

Sijil patuh syariah untuk produk: (Atas) Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik); (Bawah) Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP.  

Ini pula penjelasan Ustaz Khairul Anuar Basri, pakar muamalat Islam mengenai proses jual beli Public Gold dari perspektif syariah.

“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

  1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
  2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
  3. Jualan balik (Buy Back).

Maklumat berkaitan 3 produk di atas adalah amat penting khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH
Proses utama dalam produk ini ialah :

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)
Proses utama dalam produk ini ialah :

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah:

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan membuatkan kita semua lebih faham tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold dan berurusniaga dengan penuh yakin.

Buat pengetahuan semua, tidak mempunyai sijil patuh syariah bukanlah bermaksud sesebuah syarikat itu tidak menjalankan urusan jual beli yang patuh syariah. Apabila sesuatu syarikat memiliki sijil patuh syariah, ianya mampu meningkatkan kredibiliti syarikat tersebut.

Shariah Certification Press Conference disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia

Usaha PG mendapatkan pengesahan patuh syariah ini mendapat perhatian dan pujian daripada Tuan Afyan Mat Rawi, seorang penasihat kewangan yang terkenal di Malaysia. Rujuk SINI untuk posting asal beliau. Semoga usaha murni PG ini membantu sahabat semua menyimpan emas dengan hati yang tenang.