Apakah Insentif Dealer Public Gold?

Terdapat 15 Insentif yang diberikan kepada dealer Public Gold selaku Public Gold Business Owner (PGBO). Antaranya adalah insentif yang diberikan kepada dealer yang membimbing penyimpan emas di bawah rangkaian mereka yang juga telah melayakkan diri untuk menjadi dealer. Terdapat 2 insentif bagi mendorong dealer untuk membimbing dealer di bawah rangkaian mereka, iaitu “Overriding Incentive* dan *Supervisory Incentive*

1. Overriding Insentif Apabila dealer di bawah bimbingan kita dengan status dealer yang lebih kecil dari kita atau penyimpan emas di bawah bimbingan dealer berkenaan membuat pembelian emas, Public Gold akan membayar “overriding imcentive” sebanyak perbezaan level antara kita dan dealer tersebut.

SITUASI 1 : Anda adalah Master Dealer (MD) dengan level insentif 2.0% dan dealer di bawah bimbingan anda adalah normal dealer dengan level insentif 1.0%, anda akan terima ‘overriding incentive’ sebanyak 1.0% Sebagai contoh,dealer di bawah bimbingan anda membuat jualan (hasil dari pembelian emas oleh beliau dan penyimpan emas di bawah bimbingan beliau) sebanyak RM50,000 pada bulan berkenaan, maka PG akan membayar overriding incentive kepada anda sebanyak RM500 (1.0% x RM50,000). Itu jika anda hanya mempunyai seorang dealer di bawah bimbingan anda. Jika anda ada 10 orang Normal Dealer yang membuat jualan sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka overriding incentive anda adalah RM2,500 (RM250 x 10 dealer)!

2. Supervisory Incentive Bagi dealer di bawah bimbingan kita yang mempunyai status dealer yang sama atau lebih besar dari kita, kita tidak akan menerima overriding incentive tetapi Public Gold tidak mahu kita lepas tangan dan mengabaikan mereka. Kerana itu, PG menawarkan supervisory incentive bagi memastikan kita terus membimbing dealer di bawah bimbingan kita. Apabila dealer berkenaan atau penyimpan emas di bawah bimbingan beliau membuat pembelian emas, Public Gold akan membayar “supervisory incentive”sebanyak 0.15% kepada anda. Sebagai contoh,dealer di bawah bimbingan anda membuat jualan (hasil dari pembelian emas oleh beliau dan penyimpan emas di bawah bimbingan beliau) sebanyak RM50,000 pada bulan berkenaan, maka PG akan membayar royalti kepada anda sebanyak RM75 (0.15% x RM50,000). “Incentive berupa royalty ini akan terus dibayar setiap kali berlaku pembelian emas dengan Public Gold sampai bila bila. Jika seseorang dealer itu meninggal dunia, royalti ini akan terus dibayar dan boleh diwariskan kepada isteri atau anak anak!”