Ramai Dealer Public Gold bermula sebagai seorang penyimpan atau pelabur emas sendiri. Dengan hanya membuat pembelian emas atau perak melalui Pakej Dealer, mereka mendapat status Dealer dengan percuma. Tiada yuran Dealer dikenakan oleh Public Gold dan status “Dealership” adalah untuk seumur hidup dan boleh diwarisi.
Bagi Dealer yang aktif, mereka dapat membangunkan bisnes dan mendapat insentif yang besar kerana platform PG menawarkan insentif komisen seumur hidup keatas pembelian pelanggan-pelanggan yang mereka perkenalkan kepada PG. Selagi mana pelanggan yang diperkenalkan aktif membeli maka Dealer akan mendapat insentif yang akan menjana pendapatan secara pasif seumur hidup.
Bagi Dealer yang memilih untuk tidak aktif, mereka mendapat insentif keatas pembelian mereka sendiri. Ramai penyimpan yang konsisten menyimpan memilih untuk menjadi Dealer untuk memperolehi insentif ke atas semua pembelian mereka sendiri.
PANGKAT DEALER PUBLIC GOLD
Pangkat Dealer Public Gold terdiri dari tiga peringkat dengan kadar insentif yang berlainan diberikan atas pembelian semua produk di bawah Public Gold group:
- Master Dealer (2% insentif)
- Priority Dealer (1.5% insentif)
- Normal Dealer (1% insentif)
- Rebate Jual Semula Emas atau Perak (0.3% insentif)
SYARAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD
Syarat menjadi Dealer Public Gold amat mudah iaitu dengan hanya membuat pembelian emas atau perak dalam jumlah tertentu, tanpa ada sebarang yuran. Dalam erti kata lain, PG tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menjadi Dealer.
PACKAGE DEALER 3 + 1
- Beli emas untuk simpanan sendiri
- Dapat emas
- Dapat status Dealer secara percuma
PLUS 🌟 - Dapat menjadi “Business Owner” untuk semua business entiti di bawah Public Gold.
APAKAH KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD KELEBIHAN
1 : INSENTIF BELIAN EMAS DIRI SENDIRI
Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif dan ia dibayar mengikut pangkat “dealership”. Contohnya, seorang Normal Dealer membeli emas berjumlah RM10,000, maka Public Gold akan membayar insentif sebanyak RM100 (RM10,000 x 1.0%). Manakala bagi Master Dealer, Public Gold akan membayar insentif sebanyak RM200 (RM10,000 x 2.0%). Tahap insentif ini boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut pangkat “dealership” masing-masing. Beli emas untuk diri sendiri pun dapat insentif, belum lagi untuk perkenalkan pelanggan yang lain.
KELEBIHAN 2 : INSENTIF JUALAN BALIK EMAS DIRI SENDIRI
Bagi menikmati keuntungan dalam pelaburan ini, emas yang anda ada itu mestilah dijual balik. Setiap kali item emas itu dijual balik kepada Public Gold, insentif sebanyak 0.3% akan diperolehi jika anda seorang Dealer. Semua pangkat Dealer menerima insentif jual balik yang sama iaitu 0.3%. Contohnya jika seorang Dealer menjual semula emas kepada Public Gold berjumlah RM10,000, maka insentif yang diterima ialah sebanyak RM30 (RM10,000 x 0.3%).
KELEBIHAN 3 : MENJANA PENDAPATAN PASIF
Dealer Public Gold berpeluang menjana pendapatan pasif melalui insentif yang diberikan kepada mereka setiap kali pelanggan di bawah rangkaian mereka membuat pembelian ke atas emas atau perak, atau mana-mana produk di bawah Public Gold group. Kadar insentif dibayar mengikut pangkat Dealer (Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, Master Dealer 2%). Ini termasuk juga insentif jual balik emas atau perak (0.3%) untuk semua pangkat Dealer. Sebagai contoh, seorang Dealer yang mempunyai seramai 1,000 pelanggan “direct” (Penyimpan/Pelabur) yang aktif membeli emas dalam jumlah 1 gram 1 bulan secara konsisten, dan menghasilkan volume jualan “personal sales” sebanyak RM200,000 (1,000 pembeli x 1 gram x RM200 segram), maka Public Gold akan membayar insentif sebanyak RM4,000 setiap bulan. Untuk pangkat Master Dealer, insentif ini belum termasuk “Group Sales”.
Insentif tersebut akan terus dibayar kepada Dealer dan boleh diwariskan kepada keluarga Dealer tersebut (jika berlaku kematian) selagi pelanggan-pelanggan di bawah rangkaian mereka aktif membeli dan menghasilkan volume jualan kepada Public Gold.
Ini juga boleh dijadikan salah satu RETIREMENT PLAN bagi sesiapa yang merancang untuk bersara pada usia muda ataupun berapa umur sekalipun. Strategi Dealer Public Gold lebih kepada mendidik masyarakat tentang ilmu simpanan emas dan perak supaya mereka faham dan membuat simpanan dengan ilmu dan initiasif mereka sendiri. Dengan berlandaskan strategi ini, PG telah melancarkan PG Business School pada bulan Julai 2021 dimana ia menjadi platform pembelajaran utama bagi semua Dealer Public Gold dalam mendidik dan menyampaikan ilmu simpanan dan pelaburan emas kepada semua ahli berdaftar.
KELEBIHAN 4 : MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN DAN SIMPAN
Sebagai Dealer yang mempunyai rangkaian yang besar, mereka juga boleh membeli emas dari penyimpan di bawah rangkaian mereka sekiranya ada yang mahu menjual emas mereka. Dengan cara ini, mereka berpeluang membeli emas pada harga PG Buy, iaitu harga selepas ditolak spread (susut nilai) 6.0% – 9.0%. Kadar peratusan spread/susut nilai adalah mengikut berat emas. Lagi berat lagi kecil nilai spread.
PG Buy adalah harga Public Gold beli balik emas dari sesiapa yang mahu menjual emas mereka. Nilai jualan emas dikira selepas ditolak peratusan spread (susut nilai) daripada harga PG Sell.
Harga emas yang dibeli sama seperti harga PG BUY yang dipaparkan di website. Sekiranya penjual adalah Dealer, cara yang terbaik ialah menjual balik ke Public Gold untuk mendapatkan insentif jualan balik sebanyak 0.3%.
KELEBIHAN 5 : MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN DAN JUAL
Sebagai Dealer Public Gold, mereka juga boleh memilih untuk menjual emas yang dibeli untuk meraih keuntungan jualan. Jarang ada Dealer yang berbuat demikian kerana kebanyakan Dealer Public Gold adalah Penyimpan atau Pelabur emas, bukan peniaga. Tapi jika mahu, ia satu pilihan.
Untuk jualan seperti ini, emas dibeli dari penjual mengikut harga semasa PG BUY dan menjual kepada pembeli pula mengikut harga semasa iaitu PG SELL.
KELEBIHAN 6 : INSENTIF OVERRIDING DEALER
Setelah lama berkecimpung dalam dunia emas ini, anda akan jumpa individu-individu yang ingin membeli emas dalam jumlah tertentu yang melayakkan mereka menjadi Dealer secara automatik tidak kiralah pada belian pertama, kedua atau bila-bila masa yang sesuai.
Kalau Dealer di bawah anda membuat pembelian, Public Gold akan membayar insentif overriding. Lihat contoh di bawah ini.
Contoh A:
Shuhaida Ramli merupakan seorang Priority Dealer yang menjadi introducer kepada Encik XYZ. Encik XYZ ingin menjadi Normal Dealer. Belian pertama untuk melayakkan Encik XYZ menjadi Normal Dealer adalah RM 30,000. Shuhaida Ramli akan dibayar sebanyak RM 450 (1.5%) oleh Public Gold. Manakala untuk belian kedua dan seterusnya yang dibuat oleh Encik XYZ, Shuhaida Ramli akan dapat overriding insentif sebanyak 0.5% kerana tahap Dealer mereka adalah berbeza.
Contoh B:
Shuhaida Ramli merupakan seorang Priority Dealer yang menjadi introducer kepada Encik XYZ. Encik XYZ ingin menjadi Priority Dealer. Belian pertama untuk melayakkan Encik XYZ menjadi Priority Dealer adalah RM 50,000. Shuhaida Ramli akan dibayar sebanyak RM 750 (1.5%) oleh Public Gold. Manakala untuk belian kedua dan seterusnya yang dibuat oleh Encik XYZ, Shuhaida Ramli akan dapat overriding insentif sebanyak 0.15% kerana tahap Dealer mereka adalah sama.
KELEBIHAN 7 : PELUANG BUSINESS TANPA MODAL
Seseorang boleh menjadi Dealer Public Gold tanpa perlu bayar apa-apa yuran atau mengeluarkan modal hangus. Tidak perlu keluar duit untuk menyediakan stok emas, bayar pekerja, insurans dan lain-lain lagi.
Untuk menjadi Dealer seseorang hanya perlu membuat pembelian Pakej Dealer mengikut syarat yang ditetapkan, dan status Dealer akan diberi secara percuma. Emas, perak atau item pakej dealer yang dibeli itu menjadi simpanan Dealer itu sendiri. Public Gold akan membayar insentif mengikut pangkat selama-lamanya selagi mana orang yang mereka perkenalkan membeli emas, perak atau mana-mana item daripada entiti di bawah Public Gold.
Dari aspek simpanan/pelaburan emas, Public Gold menggalakkan Dealer mendidik masyarakat berkenaan ilmu emas supaya masyarakat faham dan dapat manfaat sepenuhnya dalam simpanan atau pelaburan emas bersama-sama Public Gold.
Pada Julai 2021, Public Gold telah menubuhkan PG Business School yang menyediakan “Ready Platform” untuk Dealer dan semua penyimpan dan pelabur emas mendapat pembelajaran berterusan “continuous learning”, dengan system silibus yang tersusun menggunakan PG1System.
Selain dari training yang disediakan di PG Business School yang diberi percuma, mentor merangkap introducer juga akan memberi bimbingan secara percuma, kecuali untuk latihan tambahan intensif jangka pendek yang dikendalikan oleh Jutawan Leadership Training.
Public Gold menyediakan online platform untuk Dealer dan pelanggannya membuat urusan jual beli sepenuhnya melalui sistem talian internet 24 jam dan bayaran terus ke akaun bank Public Gold. Malah, process Arrahnu melalui Akaun Emas pun boleh dibuat melalui online tanpa mengeluarkan emas terlebih dahulu.
Untuk emas berat di bawah 21.25g, emas boleh dihantar terus ke rumah melalui Perkhidmatan GIT ie Gold-In-Transit berinsuran. Emas boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan di seluruh Malaysia, termasuk Singapore dan Indonesia. Emas juga boleh diambil di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu pilihan sendiri.
Dealer Public Gold juga bergelar PGBO iaitu “PG Business Owner” dimana mereka secara tak langsung menjadi “Business Owner “ kepada semua entiti dibawah Public Gold, seperti PG Mall, PG Jewel, PG Museum dan lain-lain. Ini bermakna bukan saja emas, Dealer pun mendapat insentif atas pembelian barang-barang di PG Mall, PG Museum, PG Jewel dan lain-lain entiti di bawah Public Gold.
FINANCIAL FREEDOM (BEBAS KEWANGAN) BERSAMA PUBLIC GOLD
Kebanyakan Dealer Public Gold tidak kira apa bidang kerjaya mereka pun, mempunyai impian untuk mencapai financial freedom, mereka mahu bekerja sendiri dan melakukan perkara yang mereka minat dan percaya, tanpa ada kongkongan sesiapa. Ada duit dan ada masa, bebas kewangan dan bebas ke mana saja. Kebanyakan mereka sendiri adalah penyimpan atau pelabur emas. “They practice what they preach, what they believe and share their shared values for the benefit of others”. Emas bersifat evergreen, bukan trendy. Dengan ilmu dan kesedaran, ramai yang telah beralih kepada simpanan emas. Bertentangan dengan wang fiat (ringgit), emas diklasifikasi sebagai aset atau harta dimana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa.