Apa Fakta yang menyebabkan harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

6 Aug 2021 – Kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP.

Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama.

Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

Mula-mula pakar ekonomi US akan MEMBUAT ANGGARAN berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta pada bulan tersebut dan kemudian ia akan dibandingkan dengan data sebenar.

Jika jumlah pekerjaan sebenar melebihi anggaran, ia memberikan gambaran bahawa pasaran kerja semakin kuat dan ia memberikan gambaran ekonomi semakin pulih.

Ekonomi US yang kuat menyebabkan duit USD turut menguat. Ia akan merancakkan pasaran saham namun akan MENJATUHKAN HARGA EMAS. Pelabur akan menjual emas dan menukarkan aset ke dalam bentuk USD.

Sebaliknya jika data NFP lemah, maka ia menggambarkan ekonomi US yang tidak kuat. Jadi pasaran saham akan jatuh, US Dollar akan jatuh dan harga emas akan naik. Sebab pelabur akan menjual aset USD dan membeli emas.

Semalam ada kejutan di dalam NFP.

Pakar ekonomi US membuat jangkaan peluang pekerjaan bulan Julai adalah 870,000 sahaja.

Namun apabila laporan sebenar dikeluarkan, didapati jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan Julai 2021 adalah 943,000. Ini menggambarkan pasaran kerja US semakin pulih.

Angka ini menyebabkan kadar pengangguran di US menurun kepada 5.4% , kadar yang terbaik sejak Mac 2015.

Kejutan inilah yang menyebabkan emas jatuh sehingga USD41 per OZ dalam ketika sesi dagangan New York (lebih kurang 2.06%).

Adakah harga emas akan terus jatuh selepas ini?

Jawapannya tidak juga. Sebab harga emas sekarang berada pada paras support 1763 USD (strong support)

Samada harga emas akan terus jatuh atau naik, ia bergantung kepada data-data ekonomi yang akan datang, contohnya data inflasi CPI pada 11/8/2021 jam 8.30 malam waktu Malaysia. Ini adalah satu lagi laporan ekonomi impak tinggi.