Apa kriteria kita perlu tahu sebelum membuat pelaburan emas?

Biasanya orang cakap, pilihlah emas yang paling murah.

Sebenarnya ada kriteria yang lebih penting yang perlu kita ambil kira sebelum membuat pelaburan emas, iaitu SPREAD VALUE (beza harga jual dan beli emas tersebut).

Antara kesilapan kebanyakan pelabur emas ialah membeli tanpa ambil tahu nilai spread emas tersebut.

Selalunya ini terjadi bila masuk kedai emas dan terpengraruh dgn kata2 tokey emas yg harga emas akan naik melonjak dan kalau tak beli rugi, tanpa bertanya spread value, bila kita nak jual balik pada kedai itu.

Kadang-kadang ada kedai2 emas yg menggunakan alasan yg emas mereka laku di seluruh dunia kerana berjenama antarabangsa seperti PAMP Suisse.

Apa yang mereka keberatan nak bagi tahu adalah spread jongkong emas tersebut kalau kita jual balik kat mereka.

Nak tahu kenapa? Sebab spread mereka agak tinggi iaitu antara 16% ke 18% !

Nak tahu Kenapa spread penting?

Sebab di dalam pelaburan, kita hanya untung apabila kita menjual balik emas tersebut.

Jadi kalau spread tinggi lambatlah kita memperolehi keuntungan, tak kiralah emas jenama apa pun.

Contoh:

Jika kita menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya 18%, maka kedai akan tolak RM18,000 ringgit. Kita akan dapat tunai hanya RM82 ribu.

Jika kita menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya hanya 7%, maka kedai akan tolak RM7,000 sahaja dan kita akan dapat tunai RM93,000

Beza RM93,000 – RM82,000 = RM11,000

Jadi, sebagai pelabur, sebelum kita membeli sebarang emas, kenalpasti berapa spreadnya dulu ok 👌

Nak tahu lagi? Spread emas 999.9 Public Gold hanya antara 6%-9% sahaja. Bestkan?