Apa Beza Dinar, Gold Bar dan Barang Kemas?

Ini antara perbualan saya dengan seorang kawan rapat yang betul2 suka emas.  “Saya memang suka barang kemas emas dan bila ada peluang saya akan membeli, mengumpul dan memakainya.
Cuma sekarang saya sudah mula tak pakai dan koleksi macam sudah banyak sangat”

Bila mula bercerita berkenaan Gold Bar dan Dinar, mulalah pertanyaan yang sering ditanya “Apa beza antara gold bar dan dinar? Mana satu yang lebih baik?

  1. Beza antara gold bar dan dinar adalah dari segi ukuran berat, design dan harga sahaja. Dari segi nilai ia sama kerana harga bergantung kepada berat emas dalam gram.
     
    Gold Bar datang dengan denomisasi yg berbeza – 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, dan 1000g
     
    Dinar – 1/2 Dinar (2.125g), 1 Dinar (4.25g), 5 Dinar (21.25g), 10 Dinar (42.5g)
  2. Beza dari segi bentuk – Gold Bar emas jenama Public Gold berbentuk segiempat, manakala dinar berbentuk syiling emas.

Untuk pembelian emas fizikal, lebih berat lebih baik kerana

  • harga per gram lagi rendah.
  • % spread (susut nilai) lagi rendah.
  • caj Gold Premium (GP) lagi rendah

GP ialah kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana2 cawangan Public Gold. GP caj mengikut berat, contoh, kalau kita beli gold bar 1g GP = RM10.
 
Soalan kedua “Apa pulanya beza dengan barang kemas?

Perbezaan yang ketara adalah dari segi susut nilai emas 999.9 dan 916. Susut nilai (spread value) emas 999.9 gold bar dan dinar adalah sangat rendah iaitu dalam linkungan 6% – 9%, dibandingkan emas 916 barang kemas dalam linkungan 25% – 30%.