Pertemuan ini merupakan langkah penting ke arah memperdalam hubungan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia, membuka prospek baharu untuk kerjasama dan pembangunan perniagaan antara kedua-dua negara.
Dr Murat Karimsakov, Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Perdagangan Antarabangsa Kazakhstan menekankan kesediaannya untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada pelabur dan rakan kongsi asing di Kazakhstan, dan juga menyeru syarikat Malaysia untuk segera memuktamadkan kontrak perkongsian khusus dan melancarkan projek sebenar.
Kehadiran Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Public Gold yang juga Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang adalah dengan misi penting untuk mengketengahkan potensi Public Gold selaku pemain terkemuka industri emas di Malaysia, yang juga merupakan syarikat perdagangan jual beli emas untuk ke pasaran antarabangsa. Beliau juga menyasarkan untuk menempatkan Gold ATM di Kazakhstan, sebagai negara luar pertama yang menerima pakai teknologi Public Gold untuk jual beli emas dengan lebih mudah.
Peristiwa bersejarah ini berlaku semasa Meja Bulat Kazakhstan–Malaysia di Astana, Kazakhstan, di mana Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah berjaya menandatangani Perjanjian Usahasama dengan Dewan Usahawan Kebangsaan Republik Kazakhstan “Atameken”.
Perjanjian usahasama itu ditandatangani oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Naib Presiden NCCIM, dan Encik Rayimbek Batalov, Pengerusi Atameken. Peristiwa penting ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Encik Olzhas Bektenov, Perdana Menteri Republik Kazakhstan.
Turut hadir dalam acara tersebut adalah:
• Encik Olzhas Bektenov, Perdana Menteri Republik Kazakhstan;
• YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia;
• Cik Nazira Nurbayeva, Timbalan Menteri Luar Negeri Kazakhstan;
• Encik Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia;
• Encik Rayimbek Batalov, Pengerusi Atameken;
• Dan ucapan menarik oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan sendiri.
Liputan media:
1 – https://www.facebook.com/share/H1Ssg81ZNaHFwkiG/?mibextid=WC7FNe
3 – https://dknews.kz/ru/ekonomika/326897-biznes-vozmozhnosti-kazahstan-i-malayziya-ukreplyayut