Setelah pendaftaran dibuat anda boleh membeli emas dengan mana-mana kaedah yang sesuai menggunakan PG code yang diberikan semasa pendaftaran. Kesemua kaedah boleh digunakan untuk membuat sesuatu pembelian.
- Outright Purchase
- Syariah Easy Payment Purchase (EPP)
- Gold Accumulation Program (GAP)
?????? ???????: ???????? ????????
Outright Purchase adalah kaedah pembelian emas secara tunai dimana pesanan (order) dan bayaran dibuat atas talian. Emas boleh diambil di cawangan terdekat atau boleh dipos ke rumah atau pejabat melalui perkhidmatan ???? ?? ??????? (???) berinsuran untuk berat emas di bawah 21.25g. Cara ini sesuai kepada sesiapa yang memilih untuk menyimpan sendiri emas mereka. Harga bersih emas ialah harga emas semasa seperti yang tertera di Public Gold website dan Caj Gold Premium yang dikenakan mengikut berat emas. Gold Premium ialah kos yang terlibat untuk menghasilkan produk akhir (emas fizikal), termasuk menguruskan emas bagi pihak customer dari mula order sampai customer menerimanya.
????? ???? ?????? + ???? ??????? = ????? ??????
?????? ?????: ??????? ???? ??????? ???????? (???)
Syariah EPP adalah kaedah pembelian emas secara ansuran selama 4/6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi), dimana bayaran dibuat mengikut jadual pembayaran yang tertera mengikut pesanan yang dibuat.
Harga emas ialah ????? ???? ?????? + ???? ??????? ??? ??? ??????? (???? ????? ?????? ???? ???????/??? ??????? di website).
Selepas bayaran habis dibuat, emas boleh diambil di cawangan terdekat atau boleh dipos ke rumah atau pejabat melalui perkhidmatan ???? ?? ??????? (???) berinsuran untuk berat emas di bawah 21.25g. Cara ini juga sesuai kepada sesiapa yang memilih untuk menyimpan sendiri emas mereka.
Kelebihan kaedah ini adalah kita tidak perlu risau perubahan harga emas dalam tempoh 6 bulan atau 10 bulan. Harga yang dibayar tiap-tiap bulan tidak berubah dan ia mengikut harga yang dilock semasa pembelian EPP dibuat.
?????? ?: ???? ???????????? ??????? (???)
GAP adalah kaedah membeli dan mengumpul emas di dalam akaun emas. Melalui kaedah ini emas boleh dibeli paling minima sebanyak RM100, dan setiap pembelian dibuat akan ditukarkan kepada gram emas dan dikreditkan ke dalam akaun emas.
Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu mengumpul emas sedikit-sedikit walaupun dengan pembelian yang kecil. Kaedah ini juga sesuai kepada mereka yang membuat pembelian dengan kuantiti yang banyak tetapi tidak mahu menyimpan sendiri emas mereka.
Emas GAP disimpan oleh Public Gold tanpa ada caj, sehinggalah emas itu dikeluarkan dalam bentuk emas fizikal atau bila ia dijual balik ke Public Gold. Minima pengeluaran adalah 1 gram dan minima baki yang perlu ditinggalkan dalam akaun selepas pengeluaran ialah 1 gram.
Sekiranya emas dijual balik ke Public Gold, hasil jualan balik emas akan dikerdit ke akaun bank dalam masa 2 atau 3 hari bekerja. Emas dalam akaun GAP juga boleh di Arrahnu terus atas talian tanpa mengeluarkan emas itu dalam bentuk emas fizikal.
