Sebagai seorang Penyimpan atau Pelabur emas Public Gold ada beberapa harga emas yang anda perlu tahu:
Harga Emas GAP Gold Accumulation Program dan SAP Silver Accumulation Program
Harga emas GAP dan perak SAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 malam. Harga GAP dan SAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas atau perak fizikal, lebih rendah harga per gram.
Amat penting juga tahu bahawa kedua-dua harga akan dikemaskini lebih dari sekali sekiranya berlaku pergerakan harga emas atau perak secara mendadak. Harga GAP dan SAP akan dikemaskini pada masa yang sesuai yang ditentukan oleh Public Gold.
Harga Fizikal Emas dan Perak
Harga emas dan perak fizikal dikemaskinikan setiap 20 minit berdasarkan pergerakan harga emas dunia. Harga tersebut belum termasuk kos premium. Harga per gram emas atau perak fizikal lebih murah untuk gram fizikal yang besar.
Sebagai contoh, harga per gram untuk emas fizikal gold bar 100g lebih murah berbanding dengan harga per gram emas fizikal gold bar 50g. Untuk emas fizikal 1 gram ke bawah, harganya tetap dan tak berubah.
Sebagai contoh, harga emas gold bar 1 gram ditetapkan pada harga RM350 dan 1/2 dinar pada harga RM750.
PG Sell
PG Sell ialah harga Public Gold menjual emas atau perak kepada pembeli. Harga yang dipaparkan di Public Gold website tidak termasuk Gold Premium.
PG Buy
PG Buy adalah harga Public Gold membeli emas atau perak dari penjual.
Gold Premium
Gold Premium adalah caj yang merangkumi kos-kos seperti logistik, gaji pekerja Public Gold, Insurans dan Kos minting
Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my