⁉️ Kalau Bank Pusat simpan Emas sebagai perlindungan negara! Kenapa tidak kita untuk perlindungan keluarga
3 Oktober 2024
Kita ambil contoh tujuan pembelian emas oleh bank pusat di seluruh dunia. Apa tujuan sebenarnya mereka berbuat demikian.
Salah satu sebab utama bank pusat menyimpan lebih banyak emas adalah supaya dapat mempelbagaikan rizab mereka dengan secukupnya sebagai perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi dan krisis geopolitik yang memberi impak kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Emas juga adalah aset stabil dan selamat dan lindung dari inflasi yang memberi kesan kepada kejatuhan nilai matawang.
Sebab itu kebanyakan negara di seluruh dunia menyimpan emas sebagai rezab. Bagi sesebuah negara, rizab emas yang banyak juga menunjukkan kekuatan ekonomi negara tersebut.
Dari perpektif ini tujuan pembelian emas oleh bank pusat adalah bukan sebagai pelaburan (beli harga rendah dan jual pada harga tinggi).
Kita tak mungkin dengar kisah sesebuah negara menjual emas kerana harga emas tertinggi dalam sejarah, kecuali bila ada keperluan negara seperti apa yang berlaku pada India semasa krisis ekonomi India pada tahun 1991 dimana salah satu cara menangani krisis ekonomi adalah dengan mencagar sebahagian besar rizab emas India kepada Bank of England dan Union Bank of Switzerland.
Namun kita akan dengar berita sesebuah negara membeli emas sebanyak beberapa tan/puluh tan dan ribu tan setahun sebagai harta negara.
⁉️ Bagaimana pula kita melindungi ekonomi keluarga kita
Simpanan emas bukanlah semata-mata untuk raih keuntungan tetapi ia adalah juga sebagai perlindungan keluarga ketika dalam kesusahan.
Seperti rumah, tanah, emas juga adalah aset yang boleh diwarisi, malah akan terus kekal bernilai dalam tempoh jangka masa panjang.
Bezanya emas boleh dibeli dan dikumpul sedikit-sedikit dan boleh dicairkan (liquidate) dengan cara gadaian sekiranya ada keperluan kecemasan.
Dengan kata lain, jika kita dah tak ada jalan untuk mendapat dana maka rizab emas kita sendiri boleh digunakan untuk mendapat pinjaman peribadi bercagarkan emas melalui Arrahnu. Habis bayar dapat emas balik. Kalau pinjaman di bank, habis bayar tak dapat apa2.
Got it👌
Mulakan simpanan emas anda sekarang…