Kenapa Emas 999 Perlu dijadikan sebagai Simpanan atau Pelaburan

1. Berbeza dengan aset lain, seperti hartanah, aset emas tidak memerlukan masa yang lama untuk dicairkan sekiranya anda perlu duit emergency. Sekiranya pemilihan syarikat jual beli dibuat dengan betul, emas boleh dijual balik kepada syarikat tersebut walaupun pada kuantiti yang banyak.

2. Pelaburan atau simpanan emas fizikal ialah pelaburan jangkamasa panjang. Ia amat menguntungkan pelabur kerana nIlai emas meningkat dengan lebih banyak dalam jangkamasa panjang. Pada masa penulisan ini dibuat, kadar peningkatan harga emas dari tahun 2000 sehingga 2021 sangat tinggi iaitu pada 651%.

Berbeza dengan nilai duit ringgit, nilai ringgit menurun dalam jangkamasa panjang. Fakta yang paling senang kita faham kenapa nilai menurun ialah sebagai contoh, duit rm100 pada 20 tahun yang lalu, kita boleh beli lagi banyak barang dibandingkan kalau kita gunakan jumlah yang sama untuk beli barang pada masa sekarang.

3. Berbandīng duit, dengan aset emas kita dapat dua2; kita boleh dapat duit dengan mencagar aset emas kita di ar-rahnu, dan kita masih ada aset emas kita. Duit dapat, emas pun masih ada. Teknik ini juga digunakan oleh usahawan untuk buat pusingan modal perniagaan mereka.

Tidak perlu buat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan, emas boleh di Arrahnu sementara untuk mendapatkan pinjaman. Habis bayar, pinjaman habis, emas masih ada. Pinjaman dari bank pula, habis bayar, masih tak ada apa-apa.
 
4. Berbeza dengan duit, nilai aset emas kita sentiasa meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Contoh, harga 5 dinar pada tahun 2009 ialah RM2,321. Sekarang, pada 11 July 2021, harga 5 dinar telah meningkat kepada RM5,589. Ini baru 5 dinar.
 
Bayangkan kalau kita celik emas dan sudah menyimpan daripada tahun 2009, paling sedikit kalau kita beli 1g saja sebulan, aset emas kita sudah ada 132g. Aduhai, jangan tunggu lagi tau, jom sama2 kita mula menyimpan.
 
5.       Nak tahu tak? Emas boleh dibeli walaupun dengan modal yang kecil. Macam tak percayakan? Mimima belian ialah RM100 dengan cara kita membuka akaun emas di Public Gold. Kaedah ini ialah yang terbaik untuk kita mengumpul sikit2, tapi bila ada duit kita belilah banyak sikit.
 
Kaedah ini ialah kaedah pembelian melalui akaun emas yang dipanggil Gold Accumulation Program (GAP). Setiap pembelian akan ditukar kepada gram mengikut jumlah yang kita beli (contoh RM100) yang akan ditukarkan ke gram mengikut harga emas semasa dan dikreditkan ke dalam akaun emas kita.
 
6.       Emas adalah aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.