KONFLIK RUSIA UKRAINE DAN INFLASI PENYEBAB HARGA EMAS NAIK !!!

Semalam kita dikejutkan dengan kenaikan harga emas yang mendadak dan pada hari ini harga emas GAP Public Gold kini berada pada tahap RM275/g. Graf Teknikal Harian (Daily) saya berada pada keadaan trend menaik. Trend ini juga kita boleh nampak pada harga emas fizikal Public Gold kerana harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit. Kita lihat nanti perkembangan selepas pasaran saham US dibuka pada 10:30 malam ini.

Apa yang berlaku yang menyebabkan harga emas tiba-tiba naik mendadak?

Ada sesuatu yang menyebabkan ini berlaku iaitu bila keadaan geopolitically tak stabil dan bila ada “fear” atau suasana tekanan geopolitical yang ketidaktentuan, pelabur-pelabur besar mengalihkan pelaburan mereka kepada emas sebagai aset selamat.

Harga emas naik tertinggi 8 bulan disebabkan konflik Rusia Ukraine dan juga inflasi. Walaupun berita konflik Rusia Ukraine makin reda, harga emas terus naik kerana kenaikkan harga emas juga disebabkan oleh peningkatan kadar inflasi yang tinggi, kini sudah berada pada tahap 7.5%.

Laporan PPI (Indeks Harga Pengeluar) yang dikeluarkan semalam oleh Biro Perangkaan Buruh mencatatkan kadar inflasi sangat tinggi. Laporan itu mendedahkan bahawa harga borong (wholesale price) telah meningkat 1% menjelang Januari, menjadikan tahun demi tahun meningkat sebanyak 9.7%.

Dua faktor utama kenaikkan harga emas kini menjadi penunjuk penting potensi kenaikkan harga emas masa depan.

Sekiranya situasi masih sama, para penganalisa menjangkakan bahawa harga emas akan menyaksikan percubaan kepada tahap lebih tinggi iaitu pada $1880 seaun atau lebih akhir minggu ini.