HONG KONG – Pasaran ekuiti menjunam semalam, manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS$2,000 (RM8,359) satu auns atau RM267.50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang mengenai impak perang Ukraine terhadap ekonomi dunia.
Harga minyak melonjak hampir 18 peratus kepada AS$139.13 setong untuk seketika iaitu paras yang tidak pernah dilihat sejak pertengahan 2008.