Strategi dan Konsep Menyimpan atau Melabur dengan Pemurataan Kos (Cost Averaging)

Pemurataan kos merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam setiap pelaburan, termasuk pelaburan emas. Penyimpan atau pelabur emas mengamalkan strategi ini untuk membeli dan mengumpul emas secara berterusan tanpa mengambil kira harga belian emas semasa.

Focus utama penyimpan atau pelabur ialah pengumpulan emas. Teknik kos pemurataan ini sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang.

Strategi simpanan jangkamasa panjang yang menggunakan teknik ini sebenarnya ialah untuk mengambil peluang (leverage) dua keadaan perkembangan harga emas:

  1. Trend perkembangan harga emas jangkamasa pendek. Dalam jangkamasa pendek, harga emas akan turun dan naik kerana di pasaran saham adanya pembeli dan penjual yang meraih keuntungan untuk jangkamasa pendek.
    Dengan adanya situasi begini, pelabur emas fizikal jangkamasa panjang yang konsisten menyimpan berpeluang membeli emas pada harga yang rendah pada masa-masa tertentu. Ini secara tak langsung akan mengecilkan purata belian emas per gram secara keseluruhan.
  2. Trend perkembangan harga emas jangkamasa panjang. Trend harga emas menaik dalam jangkamasa panjang. Lebih lama simpan lebih tinggi nilainya. Dengan strategi menyimpan secara berterusan dan konsisten, simpanan emas terkumpul akan banyak dan lebih menguntungkan bila harga emas meningkat.
    Strategi ini lebih efektif kepada penyimpan atau pelabur yang membuat perancangan kewangan yang teratur dengan mengagihkan jumlah tertentu dari pendapatan mereka untuk membuat simpanan secara konsisten dan berterusan.

Apakah tujuan pemurataan kos?

Pemurataan kos bertujuan untuk merendahkan purata harga emas per gram yang dibeli di dalam sesuatu jangkamasa. Untuk memudahkan pemahaman mengenai faedah pemurataan kos, lihat simulasi ringkas berikut.

Formula pengiraan boleh dibuat untuk semua jumlah gram emas yang dibeli. Untuk mudah faham kita ambil contoh simpanan 1 gram 1 bulan.

BulanJumlah Gram emas yang diperolehi (Gram)Harga emas per gram (RM)Jumlah Pelaburan (RM)
Jan1 Gram220220
Feb1 Gram 236236
Mar1 Gram 234234
Apr1 Gram 256256
May1 Gram 260260
Jun1 Gram 263263
Jul1 Gram 289289
Aug1 Gram 290290
Sep1 Gram 276276
Oct1 Gram 274274
Nov1 Gram 259259
Dec1 Gram 270270

Jumlah Emas: 12 gram
Jumlah Pelaburan: RM 3,127

Harga keseluruhan yang dibayar untuk mendapatkan 12 gram emas fizikal tersebut ialah RM3,127. Purata harga bagi setiap gram emas yang dimiliki ialah RM3,127/12 = RM260.58/g.

Jadi, total keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas setiap bulan hanyalah RM260.58, walaupun sebelum ini ada membelinya dengan harga yang lebih tinggi.

Apa yang dapat diperkatakan di sini ialah, bila kita konsisten membeli tanpa mengira harga emas pada sesuatu masa, kita sebenarnya telah dapat tiga manfaat:

  1. Berjaya mengalihkan duit kepada emas tiap-tiap bulan dengan konsisten.
  2. Dapat gram emas terkumpul yang banyak, hasil dari usaha mengumpul sedikit-sedikit setiap bulan.
  3. Harga purata untuk 1 gram emas akan menjadi semakin kecil. Inilah kelebihan pemurataan kos.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masing-masing.