Upacara Perasmian Pecah Tanah Kilang Penulenan Emas Pertama Public Gold di Batu Kawan, Pulau Pinang

Upacara tersebut telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Dato’ Wira Louis Ng, Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold serta presiden Malaysia Gold Association (MGA).

Kilang ini terletak di atas tanah seluas 1.1 ekar dengan kawasan binaan yang dianggarkan sebanyak 48,000 kaki persegi di zon industri utama Batu Kawan, Pulau Pinang. Kilang penulenan emas bertaraf dunia baru ini bakal menghasilkan sebanyak 10 tan emas setahun, yang mungkin boleh meningkat sehingga 20 tan setahun. Seterusnya ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.

Apa fungsi kilang penulenan emas (gold refinery) dan kenapa ia penting untuk industri emas di Malaysia?

Fungsi gold refinery adalah untuk menulenkan emas bermutu rendah menjadi emas berketulenan tinggi (iaitu emas 999.5 @ 999.9) pada skala besar-besaran.

Terdapat banyak kilang emas yang menulenkan emas bermutu rendah (scrap gold) kepada emas berketulenan tinggi, namun ia dilakukan pada skala kecil-kecilan.

Sumber emas bermutu rendah biasanya datang daripada barang-barang kemas yang dijual kepada kedai emas/pembeli emas terpakai.

Walaupun secara umum, barang kemas di Malaysia adalah 916 @ 22k, namun ada barang kemas yang dijual kepada kedai emas/pembeli emas terpakai mempunyai kandungan emas yang lebih rendah contohnya 21k dan ke bawah.

Kedai emas biasanya akan meleburkan emas-emas terpakai menjadi jongkong scrap gold dengan berbilang berat dan ketulenan.

Selain itu, emas bermutu rendah juga diperolehi daripada hasil lombong-lombong emas di mana emas-emas ini bercampur dengan logam lain seperti perak.

Emas bermutu rendah ini perlu dihantar ke gold refinery untuk ditulenkan menjadi emas berketulenan tinggi, biasanya 999.5 / 999.9

Buat masa ini, Public Gold terpaksa menghantar sejumlah besar scrap gold (beratus-ratus kilogram) kepada gold refinery di luar negara untuk ditulenkan.

Public Gold terpaksa membayar kos penulenan emas kepada gold refinery luar negara dan juga menanggung kos membawa balik emas tersebut ke Malaysia. Jadi duit RM mengalir keluar negara.

Untuk pengetahuan anda, volume jualan Public Gold kini telah mencecah RM1.3 billion setahun (B2C) dan nilai pembelian scrap gold (B2C) yang mencecah puluhan juta ringgit sebulan.

Manakala untuk belian scrap gold dari B2B pula volumenya telah mencecah nilai billion Ringgit Malaysia setahun.

Justeru, Public Gold membuat keputusan tepat untuk membina gold refinery sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan mengelakkan duit RM mengalir keluar negara, malah akan membantu meningkatkan volume jualan emas fizikal Public Gold di masa hadapan.

Ia juga membuka peluang kepada industri emas tempatan untuk menggunakan fasiliti kilang penulenan emas ini di masa hadapan. Mereka boleh menjimatkan masa dan juga wang berbanding menggunakan kilang penulenan emas di luar negara.

Dengan kapasiti penulenan emas sebanyak 10 tan setahun dan boleh dibesarkan sehingga 20 tan setahun, gold refinery ini bakal membuka peluang yang lebih besar untuk Malaysia.

Ini kerana gold refinery ini boleh memohon status sebagai LBMA accredited refinery di masa hadapan.

Jadi Malaysia bakal mempunyai LBMA accredited refinery seperti Singapura. InShaAllah.

Dengan kata lain, kewujudan sebuah kilang penulenan emas di Malaysia dalam tempoh 18 bulan dari sekarang bakal memberi kelebihan besar kepada Public Gold, industri emas tempatan dan juga kepada Malaysia 🇲🇾

Syabas Public Gold dan berita baik untuk Malaysia!

Jadilah sebahagian daripada 1.3 juta penyimpan emas Public Gold. Sebuah syarikat yang kukuh yang telah wujud sejak tahun 2008 dan menyediakan platform simpanan emas yang mampu milik bagi semua golongan masyarakat.

Kini, semua orang boleh membeli dan menyimpan emas.

Klik link di bawah untuk daftar akaun dan dapatkan bimbingan percuma!
https://publicgold.me/shuhaidaramli