Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online. Gold Accumuation Program merupakan produk Public Gold.

gold accumulation program gap

KonsepGold Accumulation Program (GAP) sama seperti akaun bank online, bezanya akaun GAP memaparkan simpanan gram emas manakala akaun bank memaparkan simpanan wang ringgit.

Public Gold juga menyediakan Akaun SAP – Silver Accumulation Program, akaun perak secara online.

Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma dan tiada tarikh luput iaitu penyimpan emas boleh menambah belian emas GAP bila-bila masa dan di mana sahaja secara online.

7 Kelebihan Akaun Gold Accumulation Program (GAP)

  1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).
  2. Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.
  3. Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran.
  4. Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.
  5. Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.
  6. Boleh menebus emas fizikal secara fleksibel, serendah 1 gram.
  7. Akaun GAP/SAP disahkan patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.

Cara Buka Akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Daftar Akaun Gold Accumulation Program (GAP) secara percuma di sini, atau dapatkan bantuan dealer Public Gold sah di sini.

app public gold gap

Download app Public Gold bagi memudahkan anda melakukan pembelian dan penjualan emas melalui akaun GAP.

  1. App Public Gold di App Store: https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964
  2. App Public Gold di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold&hl=en&gl=US

Tutorial Cara Pembelian Emas Akaun GAP

akaun GAP public gold

Harga emas GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12am. Contohnya, harga emas pada 12 Mac 2022 adalah RM287/gram.

Oleh itu, jika anda membeli emas dengan harga RM287 pada hari tersebut, anda akan menerima 1 gram emas.

Jika anda membeli RM100, anda akan menerima 0.3484 gram.

Pembelian gram emas GAP melalui app Public Gold menggunakan kaedah bayaran FPX seperti berikut:

Cara pembelian akaun GAP

Nota Ringkas Penerangan Akaun GAP

  1. Selepas pendaftaran, anda akan menerima email dari Public Gold. Di dalam email tersebut mengandungi PG Code dan link pengaktifan. Klik link tersebut dan anda perlu tetapkan password terlebih dahulu untuk log masuk di website atau applikasi Public Gold
  2. Anda boleh membuat pembelian pertama serendah RM100, tiada komitmen bulanan.
  3. Tiada yuran pendaftaran, tiada had simpanan, tiada upah simpanan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.
  4. Anda boleh menebus emas fizikal (goldbar atau dinar) daripada akaun GAP dengan syarat ada baki 1 gram dalam akaun.
  5. Anda boleh menjual atau memajak emas di dalam akaun melalui sistem.
  6. (Baru) Anda boleh menggunakan fungsi auto debit untuk menyimpan setiap bulan.