Kriteria Sebelum Membeli emas

9 Kriteria yang wajib diambil kira sebelum membeli emas fizikal 999.9

  1. Patuh Syariah
    Sebagai seorang islam ini ialah perkara pertama yang perlu diambil kira. Pastikan syarikat memperolehi sijil pengesahan patuh syariah dari syarikat yang bertauliah yang mempunyai perkhidmatan “syariah advisory and consultancy”. Walau bagaimanapun, tanpa memiliki sijil tak semestinya syarikat itu tak patuh syariah. Cuma ia memerlukan kita sendiri untuk memastikan process jual beli patuh syariah.
  2. Harga Jual yang Murah
    Buat perbandingan harga beberapa syarikat jual beli emas 999.9 yang lain. Elok juga dapatkan harga dari kedai emas yang besar yang juga menjual emas 999.9, contoh Poh Kong, Habib Jewel. Perbandingan harga perlu dibuat bukan dengan harga promosi ya, sebab harga promosi mengikut musim.
    Carilah harga sememang rendah untuk anda membeli. Tapi perlu ingat tidak semestinya apa yang murah itu bagus sebab ada lagi kriteria lain yang perlu diambil kira, seperti susut nilai.
    Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang digembar-gemburkan, ambil kira fakta lain kerana kadang-kadang harga belian murah tapi susut nilainya bila nak jual balik lebih tinggi dari tempat lain.
  3. Susut Nilai (Spread) yang Rendah
    Anda perlu tahu berapa kadar peratus (%) susut nilai yang dikenakan ketika hendak menjual semula emas. Ini kerana jika kadar peratus (%) susut nilai emas itu tinggi, ia memakan masa yang sangat lama untuk mendapatkan keuntungan dari hasil jualan.
  4. Stok emas tidak terhad
    Pastikan syarikat berkenaan boleh menyediakan (supply) emas secara konsisten apabila harga turun. Kriteria ini sangat penting kerana bila harga emas turun dengan mendadak, sekiranya stok terhad, anda tidak akan berpeluang membuat pembelian ketika harga rendah.
  5. Mempunyai banyak cawangan
    Bila syarikat mempunyai banyak cawangan ia juga menunjuk kekukuhan syarikat itu sendiri. Dengan cawangan syarikat yang banyak ia boleh memudahkan urusan jual beli dan anda boleh berurusan dengan sendiri dan lebih selamat, bergantung kepada agen atau dealer.
  6. Jaminan membeli balik emas
    Pastikan syarikat memberi jaminan beli balik emas keluarga syarikat mereka walaupun keadaan emas itu tergaris, atau keadaannya tidak seperti baru; dan juga syarikat mampu membeli semula dengan jumlah yang banyak.
  7. Diterima luas Arrahnu
    Pastikan emas keluaran syarikat itu diterima luas Arrahnu untuk memudahkan process gadaian untuk mendapatkan pinjaman bila keadaan terdesak dan memerlukan wang Kecemasan. Sudah terdapat banyak kes, harga emas dibeli dengan murah tetapi bila ada keperluan untuk Arrahnu, banyak tempat tidak menerimanya.
  8. Sistem Jual Beli Emas 24 jam
    Kriteria ini juga penting kerana anda berpeluang membeli emas atas talian pada masa-masa yang sesuai dan menguntungkan mengikut pergerakan emas dunia. Bayangkan anda terlepas membeli ketika harga emas jatuh kerana terpaksa menunggu keesokkan hari untuk membuat pembelian.
    Juga pada keadaan sebaliknya dimana harga emas naik mendadak, sebagai contoh, bila pasaran saham di US baru dibuka pada waktu malam. Dengan keadaan ini anda akan terlepas menjual emas anda dengan harga tinggi kerana terpaksa menunggu keesokan hari.
  9. Mempunyai Sijil Pengesahan Ketulenan
    Pastikan keluaran emas syarikat mempunyai sijil pengesahan ketulenan dan pastikan ianya juga sahih. Sudah ramai yang tertipu, samada emas yang dibeli tidak ada sijil pengesahan atau sijil itu tidak sah. Sebab itu tersangatlah penting untuk kita lihat juga kriteria-kriteria lain yang dibentangkan di sini.

Ini adalah 9 kriteria asas sebelum membuat pembelian emas yang perlu kita tahu. Setakat ini saya masih lagi dengan begitu yakin mengesyorkan anda jika ingin membeli emas belilah dengan Public Gold kerana ia menepati kesemua kriteria di atas. Setakat ini jumlah penyimpan atau pelabur emas yang bersama-sama Public sudah melepasi 600,000.