HARGA ANTARA YANG TERMURAH
Nak tahu kelebihan utama emas Public Gold? Berikut adalah antara kelebihan utama emas Public Gold.
Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan antara yang murah berbanding harga kebanyakan pengeluar emas lain. Public Gold menjual harga lebih murah sekitar RM20 – RM30 per gram berbanding kedai emas sebab Public Gold mempunyai kilang emas sendiri. Jadi beli emas di Public Gold seolah-olah membeli terus dari kilang.
Jadi bila harga lebih murah, kita boleh mendapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. Cuma perlu diingat, walaupun ada tempat lain harganya lebih murah, MURAH SAJA tidak semestinya terbaik, ia perlu diambil kira faktor-faktor lain seperti berikut:
- Spread Value antara terendah di pasaran
Spread Value adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Lagi rendah spread value lagi untung bila kita perlu menjual emas kita balik. Ini adalah kriteria penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.
Spread emas Public Gold cuma 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain emas pelaburan keluaran dari syarikat emas lain.
Spread berbeza mengikut item. Lebih berat item emas, lebih rendah / nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item emas yang lebih besar/berat lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas. - Stok Emas Tiada Had Belian
Penyimpan Emas Public Gold boleh membeli seberapa banyak sekalipun emas bila harga emas menjunam. Dulu ramai yang berfikir, kalau harga emas jatuh menjunam, adakah Public Gold akan “hold stock” atau hentikan jualan buat sementara waktu?
Tapi realitinya, semenjak Public Gold beroperasi, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold menyarankan penyimpannya membeli emas.
Terdapat syarikat lain bila harga menjunam, barang terus “out of stock”. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok itu. Dalam keadaan begini, penyimpan / pelabur emas akan terlepas peluang beli emas pada harga murah. - Banyak cawangan seluruh Malaysia
Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2023, Public Gold ada 17 cawangan di Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia. Setiap negeri dalam Malaysia ada sekurangnya satu cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi urusniaga lebih selamat dan terjamin. Senang beli, senang jual.
Biasanya kalau nak beli emas di mana-mana syarikat memang senang, tetapi bila nak jual balik itu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar.
Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat. Juga, elak syarikat yang perlu mengeposkan emas bila nak jual balik kerana proses sangat rumit.
Untuk memudahkan proses, Public Gold juga ada kemudahan penghantaran berinsuran untuk emas berat 21.25g ke bawah. Anda tak perlu berususah payah keluar rumah hadap kesesakkan jalanraya, bayar tol, cari parking, bayar duit parking. Hanya “klik klik” bayar emas sampai rumah dengan selamat. Jimat masa, jimat duit & jimat tenaga. - Jaminan Beli Balik walaupun Rosak
Public Gold adalah syarikat paling tak cerewet dalam urusan jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan sebagainya.
Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, mereka akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. - Diterima meluas oleh Arrahnu
Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak saja emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas.
Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga. Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-rahnu termasuk dua Ar-rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. - Sistem booking harga emas 24jam tanpa cuti
Harga emas fizikal Public Gold dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Emas boleh dibeli atau dijual 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Antara kelebihan Public Gold adalah penyimpan / pelaburnya berpeluang membeli emas secara online bila harga emas menjunam tengah malam, walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.
Begitu juga bila harga emas dunia naik mencanak, penyimpan / pelabur emas Public Gold boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu emas diserahkan di pejabat Public Gold.
Lagi menarik, Public Gold ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Dengan kaedah ini juga emas boleh dibeli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, emas boleh dikeluarkan pada bila-bila masa secara pos bagi item 20gram / 21.25g ke bawah. Untuk item lebih berat dari ini boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun tanpa perlu ke cawangan. - Keupayaan Beli Balik dalam Jumlah yang Besar
Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang nak kaut keuntungan. Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik.
Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran!
Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari. Jualan balik emas Public Gold secara besar-besaran tanpa sebarang masalah dari sudut pembayaran. - Jual Beli Emas PATUH SYARIAH
Public Gold telah diktiraf dan mendapat sijil patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd, yang diketuai oleh Chairman Amanie Advisors Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, the former Chairman of Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Boleh baca lanjut di posting sebelum ini, http://gold4ubiz.com/adakah-public-gold-patuh-syariah/