APA KELEBIHAN UTAMA EMAS PUBLIC GOLD?
HARGA ANTARA YANG TERMURAH Nak tahu kelebihan utama emas Public Gold? Berikut adalah antara kelebihan utama emas Public Gold. Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan antara yang murah berbanding harga kebanyakan pengeluar emas lain. Public Gold menjual harga lebih murah sekitar RM20 – RM30 per gram berbanding kedai emas sebab Public Gold mempunyai kilang emas sendiri. Jadi beli emas di Public Gold seolah-olah membeli terus dari kilang. Jadi bila harga lebih murah, kita boleh mendapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. Cuma perlu diingat, walaupun ada tempat lain harganya lebih murah, MURAH SAJA tidak semestinya terbaik, ia perlu diambil kira faktor-faktor lain seperti berikut: Spread Value antara terendah di pasaran Spread Value adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Lagi rendah spread value lagi untung bila kita perlu menjual emas kita balik. Ini adalah kriteria penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.Spread emas Public Gold cuma 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain emas pelaburan keluaran dari syarikat emas lain.Spread berbeza mengikut item. Lebih berat item emas, lebih rendah / nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item emas yang lebih besar/berat lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas. Stok Emas Tiada Had BelianPenyimpan Emas Public Gold boleh membeli seberapa banyak sekalipun emas bila harga emas menjunam. Dulu ramai yang berfikir, kalau harga emas jatuh menjunam, adakah Public Gold akan "hold stock" atau hentikan jualan buat sementara waktu? Tapi realitinya, semenjak Public Gold beroperasi, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold menyarankan penyimpannya membeli emas. Terdapat syarikat lain bila harga menjunam, barang terus "out of…