7 kelebihan menjadi Dealer Public Gold
Ramai Dealer Public Gold bermula sebagai seorang penyimpan atau pelabur emas sendiri. Dengan hanya membuat pembelian emas atau perak melalui Pakej Dealer, mereka mendapat status Dealer dengan percuma. Tiada yuran Dealer dikenakan oleh Public Gold dan status “Dealership” adalah untuk seumur hidup dan boleh diwarisi. Bagi Dealer yang aktif, mereka dapat membangunkan bisnes dan mendapat insentif yang besar kerana platform PG menawarkan insentif komisen seumur hidup keatas pembelian pelanggan-pelanggan yang mereka perkenalkan kepada PG. Selagi mana pelanggan yang diperkenalkan aktif membeli maka Dealer akan mendapat insentif yang akan menjana pendapatan secara pasif seumur hidup. Bagi Dealer yang memilih untuk tidak aktif, mereka mendapat insentif keatas pembelian mereka sendiri. Ramai penyimpan yang konsisten menyimpan memilih untuk menjadi Dealer untuk memperolehi insentif ke atas semua pembelian mereka sendiri.