Strategi dan Konsep Menyimpan atau Melabur dengan Pemurataan Kos (Cost Averaging)

Pemurataan kos merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam setiap pelaburan, termasuk pelaburan emas. Penyimpan atau pelabur emas mengamalkan strategi ini untuk membeli dan mengumpul emas secara berterusan tanpa mengambil kira harga belian emas semasa. Focus utama penyimpan atau pelabur ialah pengumpulan emas. Teknik kos pemurataan ini sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang. Strategi simpanan jangkamasa panjang yang menggunakan teknik ini sebenarnya ialah untuk mengambil peluang (leverage) dua keadaan perkembangan harga emas: Trend perkembangan harga emas jangkamasa pendek. Dalam jangkamasa pendek, harga emas akan turun dan naik kerana di pasaran saham adanya pembeli dan penjual yang meraih keuntungan untuk jangkamasa pendek.Dengan adanya situasi begini, pelabur emas fizikal jangkamasa panjang yang konsisten menyimpan berpeluang membeli emas pada harga yang rendah pada masa-masa tertentu. Ini secara tak langsung akan mengecilkan purata belian emas per gram secara keseluruhan.Trend perkembangan harga emas jangkamasa panjang. Trend harga emas menaik dalam jangkamasa panjang. Lebih lama simpan lebih tinggi nilainya. Dengan strategi menyimpan secara berterusan dan konsisten, simpanan emas terkumpul akan banyak dan lebih menguntungkan bila harga emas meningkat.Strategi ini lebih efektif kepada penyimpan atau pelabur yang membuat perancangan kewangan yang teratur dengan mengagihkan jumlah tertentu dari pendapatan mereka untuk membuat simpanan secara konsisten dan berterusan. Apakah tujuan pemurataan kos? Pemurataan kos bertujuan untuk merendahkan purata harga emas per gram yang dibeli di dalam sesuatu jangkamasa. Untuk memudahkan pemahaman mengenai faedah pemurataan kos, lihat simulasi ringkas berikut. Formula pengiraan boleh dibuat untuk semua jumlah gram emas yang dibeli. Untuk mudah faham kita ambil contoh simpanan 1 gram 1 bulan. BulanJumlah Gram emas yang diperolehi (Gram)Harga emas per gram (RM)Jumlah Pelaburan (RM)Jan1 Gram220220Feb1 Gram 236236Mar1 Gram 234234Apr1 Gram 256256May1 Gram 260260Jun1 Gram…

0 Comments

Zakat Emas: Penyimpan dan Pelabur Emas perlu tahu

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah: “Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud) Apakah Syarat Wajib Zakat: Islam  – Zakat harta diwajibkan ke atas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.Merdeka – Zakat hanya wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.Sempurna milik – Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.Cukup nisab – Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.Cukup haul – Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi. Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah. Zakat Harta Emas Nisab emas ialah 20 dinar, 1 dinar = 4.25 gram, maka nisab emas adalah 20 x 4.25 gram = 85 gram. Zakat emas wajib dikeluarkan ke atas : Emas fizikal (barang kemas, Gold bar, Syiling emas – Dinar)Emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas), Akaun simpanan emas (GAP) danEmas dalam gadaian (Ar Rahnu)Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah bersamaan atau melebihi 85 gram. Selangor Boleh rujuk https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/ Kuala Lumpur Boleh rujuk https://www.zakat.com.my/ Kiraannya berbeza bagi situasi yang berikut; Emas PerhiasanEmas Bukan PerhiasanEmas Bercagar (Ar Rahnu)Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)Zakat Emas Untuk Perniagaan Emas PerhiasanEmas perhiasan adalah emas yang digunakan atau dipakai sebagai perhiasan sama ada sekali-sekala atau berterusan, dan jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat mengikut ketetapan Majlis…

0 Comments

Adakah Public Gold Patuh Syariah?

Bila dapat soalan macam ni saya rasa bangga sebab banyak orang dah makin menitikberatkan isu ini. Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas. Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang memiliki sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Siapakah sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold? Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Biodata Penasihat Syariah Public Gold Mari saya perkenalkan, Penasihat utama syariah Public Gold. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Kumpulan Amanie dan sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Penyeliaan Syariah The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM). Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah menerbitkan sejumlah artikel dalam pelbagai jurnal akademik dan membuat banyak pembentangan dalam pelbagai persidangan di seluruh dunia. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga merupakan ahli lembaga Syariah Indeks Pasaran Islam Dow Jones (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Middle East (London), antara institusi kewangan lain. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Berikut adalah pencapaian Public Gold (PG) dalam initiasif mendapatkan sijil pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd. 16 Januari 2017PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik). 8 Februari 2017 PG dianugerahkan sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas,…

0 Comments

Kriteria Sebelum Membeli emas

9 Kriteria yang wajib diambil kira sebelum membeli emas fizikal 999.9 Patuh SyariahSebagai seorang islam ini ialah perkara pertama yang perlu diambil kira. Pastikan syarikat memperolehi sijil pengesahan patuh syariah dari syarikat yang bertauliah yang mempunyai perkhidmatan “syariah advisory and consultancy”. Walau bagaimanapun, tanpa memiliki sijil tak semestinya syarikat itu tak patuh syariah. Cuma ia memerlukan kita sendiri untuk memastikan process jual beli patuh syariah.Harga Jual yang MurahBuat perbandingan harga beberapa syarikat jual beli emas 999.9 yang lain. Elok juga dapatkan harga dari kedai emas yang besar yang juga menjual emas 999.9, contoh Poh Kong, Habib Jewel. Perbandingan harga perlu dibuat bukan dengan harga promosi ya, sebab harga promosi mengikut musim. Carilah harga sememang rendah untuk anda membeli. Tapi perlu ingat tidak semestinya apa yang murah itu bagus sebab ada lagi kriteria lain yang perlu diambil kira, seperti susut nilai. Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang digembar-gemburkan, ambil kira fakta lain kerana kadang-kadang harga belian murah tapi susut nilainya bila nak jual balik lebih tinggi dari tempat lain.Susut Nilai (Spread) yang RendahAnda perlu tahu berapa kadar peratus (%) susut nilai yang dikenakan ketika hendak menjual semula emas. Ini kerana jika kadar peratus (%) susut nilai emas itu tinggi, ia memakan masa yang sangat lama untuk mendapatkan keuntungan dari hasil jualan.Stok emas tidak terhadPastikan syarikat berkenaan boleh menyediakan (supply) emas secara konsisten apabila harga turun. Kriteria ini sangat penting kerana bila harga emas turun dengan mendadak, sekiranya stok terhad, anda tidak akan berpeluang membuat pembelian ketika harga rendah.Mempunyai banyak cawanganBila syarikat mempunyai banyak cawangan ia juga menunjuk kekukuhan syarikat itu sendiri. Dengan cawangan syarikat yang banyak ia boleh memudahkan urusan jual beli dan anda boleh berurusan dengan sendiri dan lebih selamat, bergantung…

0 Comments

8 Good Reasons To Own Gold

Throughout history, gold has been seen as a special and valuable commodity. Today, owning gold can act as a hedge against inflation and deflation alike, as well as a good portfolio diversifier. As a global store of value, gold can also provide financial cover during geopolitical and macroeconomic uncertainty

0 Comments

Apa Fakta yang menyebabkan harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

Kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP. Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama. Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

0 Comments

Apa Beza Dinar, Gold Bar dan Barang Kemas?

Ini antara perbualan saya dengan seorang kawan rapat yang betul2 suka emas.  “Saya memang suka barang kemas emas dan bila ada peluang saya akan membeli, mengumpul dan memakainya. Cuma sekarang saya sudah mula tak pakai dan koleksi macam sudah banyak sangat” Bila mula bercerita berkenaan Gold Bar dan Dinar, mulalah pertanyaan yang sering ditanya “Apa beza antara gold bar dan dinar? Mana satu yang lebih baik?

0 Comments

Apa kriteria kita perlu tahu sebelum membuat pelaburan emas?

Biasanya orang cakap, pilihlah emas yang paling murah. Sebenarnya ada kriteria yang lebih penting yang perlu kita ambil kira sebelum membuat pelaburan emas, iaitu SPREAD VALUE (beza harga jual dan beli emas tersebut). Antara kesilapan kebanyakan pelabur emas ialah membeli tanpa ambil tahu nilai spread emas tersebut.

0 Comments