Kriteria Sebelum Membeli emas

9 Kriteria yang wajib diambil kira sebelum membeli emas fizikal 999.9 Patuh SyariahSebagai seorang islam ini ialah perkara pertama yang perlu diambil kira. Pastikan syarikat memperolehi sijil pengesahan patuh syariah dari syarikat yang bertauliah yang mempunyai perkhidmatan “syariah advisory and consultancy”. Walau bagaimanapun, tanpa memiliki sijil tak semestinya syarikat itu tak patuh syariah. Cuma ia memerlukan kita sendiri untuk memastikan process jual beli patuh syariah.Harga Jual yang MurahBuat perbandingan harga beberapa syarikat jual beli emas 999.9 yang lain. Elok juga dapatkan harga dari kedai emas yang besar yang juga menjual emas 999.9, contoh Poh Kong, Habib Jewel. Perbandingan harga perlu dibuat bukan dengan harga promosi ya, sebab harga promosi mengikut musim. Carilah harga sememang rendah untuk anda membeli. Tapi perlu ingat tidak semestinya apa yang murah itu bagus sebab ada lagi kriteria lain yang perlu diambil kira, seperti susut nilai. Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang digembar-gemburkan, ambil kira fakta lain kerana kadang-kadang harga belian murah tapi susut nilainya bila nak jual balik lebih tinggi dari tempat lain.Susut Nilai (Spread) yang RendahAnda perlu tahu berapa kadar peratus (%) susut nilai yang dikenakan ketika hendak menjual semula emas. Ini kerana jika kadar peratus (%) susut nilai emas itu tinggi, ia memakan masa yang sangat lama untuk mendapatkan keuntungan dari hasil jualan.Stok emas tidak terhadPastikan syarikat berkenaan boleh menyediakan (supply) emas secara konsisten apabila harga turun. Kriteria ini sangat penting kerana bila harga emas turun dengan mendadak, sekiranya stok terhad, anda tidak akan berpeluang membuat pembelian ketika harga rendah.Mempunyai banyak cawanganBila syarikat mempunyai banyak cawangan ia juga menunjuk kekukuhan syarikat itu sendiri. Dengan cawangan syarikat yang banyak ia boleh memudahkan urusan jual beli dan anda boleh berurusan dengan sendiri dan lebih selamat, bergantung…

0 Comments

8 Good Reasons To Own Gold

Throughout history, gold has been seen as a special and valuable commodity. Today, owning gold can act as a hedge against inflation and deflation alike, as well as a good portfolio diversifier. As a global store of value, gold can also provide financial cover during geopolitical and macroeconomic uncertainty

0 Comments

Apa Fakta yang menyebabkan harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

Kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP. Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama. Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

0 Comments

Apa Beza Dinar, Gold Bar dan Barang Kemas?

Ini antara perbualan saya dengan seorang kawan rapat yang betul2 suka emas.  “Saya memang suka barang kemas emas dan bila ada peluang saya akan membeli, mengumpul dan memakainya. Cuma sekarang saya sudah mula tak pakai dan koleksi macam sudah banyak sangat” Bila mula bercerita berkenaan Gold Bar dan Dinar, mulalah pertanyaan yang sering ditanya “Apa beza antara gold bar dan dinar? Mana satu yang lebih baik?

0 Comments

Apa kriteria kita perlu tahu sebelum membuat pelaburan emas?

Biasanya orang cakap, pilihlah emas yang paling murah. Sebenarnya ada kriteria yang lebih penting yang perlu kita ambil kira sebelum membuat pelaburan emas, iaitu SPREAD VALUE (beza harga jual dan beli emas tersebut). Antara kesilapan kebanyakan pelabur emas ialah membeli tanpa ambil tahu nilai spread emas tersebut.

0 Comments