Zakat Emas: Penyimpan dan Pelabur Emas perlu tahu
Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah: “Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud) Apakah Syarat Wajib Zakat: Islam – Zakat harta diwajibkan ke atas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.Merdeka – Zakat hanya wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.Sempurna milik – Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.Cukup nisab – Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.Cukup haul – Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi. Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah. Zakat Harta Emas Nisab emas ialah 20 dinar, 1 dinar = 4.25 gram, maka nisab emas adalah 20 x 4.25 gram = 85 gram. Zakat emas wajib dikeluarkan ke atas : Emas fizikal (barang kemas, Gold bar, Syiling emas – Dinar)Emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas), Akaun simpanan emas (GAP) danEmas dalam gadaian (Ar Rahnu)Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah bersamaan atau melebihi 85 gram. Selangor Boleh rujuk https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/ Kuala Lumpur Boleh rujuk https://www.zakat.com.my/ Kiraannya berbeza bagi situasi yang berikut; Emas PerhiasanEmas Bukan PerhiasanEmas Bercagar (Ar Rahnu)Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)Zakat Emas Untuk Perniagaan Emas PerhiasanEmas perhiasan adalah emas yang digunakan atau dipakai sebagai perhiasan sama ada sekali-sekala atau berterusan, dan jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat mengikut ketetapan Majlis…