Strategi dan Konsep Menyimpan atau Melabur dengan Pemurataan Kos (Cost Averaging)

Pemurataan kos merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam setiap pelaburan, termasuk pelaburan emas. Penyimpan atau pelabur emas mengamalkan strategi ini untuk membeli dan mengumpul emas secara berterusan tanpa mengambil kira harga belian emas semasa. Focus utama penyimpan atau pelabur ialah pengumpulan emas. Teknik kos pemurataan ini sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang. Strategi simpanan jangkamasa panjang yang menggunakan teknik ini sebenarnya ialah untuk mengambil peluang (leverage) dua keadaan perkembangan harga emas: Trend perkembangan harga emas jangkamasa pendek. Dalam jangkamasa pendek, harga emas akan turun dan naik kerana di pasaran saham adanya pembeli dan penjual yang meraih keuntungan untuk jangkamasa pendek.Dengan adanya situasi begini, pelabur emas fizikal jangkamasa panjang yang konsisten menyimpan berpeluang membeli emas pada harga yang rendah pada masa-masa tertentu. Ini secara tak langsung akan mengecilkan purata belian emas per gram secara keseluruhan.Trend perkembangan harga emas jangkamasa panjang. Trend harga emas menaik dalam jangkamasa panjang. Lebih lama simpan lebih tinggi nilainya. Dengan strategi menyimpan secara berterusan dan konsisten, simpanan emas terkumpul akan banyak dan lebih menguntungkan bila harga emas meningkat.Strategi ini lebih efektif kepada penyimpan atau pelabur yang membuat perancangan kewangan yang teratur dengan mengagihkan jumlah tertentu dari pendapatan mereka untuk membuat simpanan secara konsisten dan berterusan. Apakah tujuan pemurataan kos? Pemurataan kos bertujuan untuk merendahkan purata harga emas per gram yang dibeli di dalam sesuatu jangkamasa. Untuk memudahkan pemahaman mengenai faedah pemurataan kos, lihat simulasi ringkas berikut. Formula pengiraan boleh dibuat untuk semua jumlah gram emas yang dibeli. Untuk mudah faham kita ambil contoh simpanan 1 gram 1 bulan. BulanJumlah Gram emas yang diperolehi (Gram)Harga emas per gram (RM)Jumlah Pelaburan (RM)Jan1 Gram220220Feb1 Gram 236236Mar1 Gram 234234Apr1 Gram 256256May1 Gram 260260Jun1 Gram…

0 Comments

Cabutan Bertuah 1 Gram Gold Bar bulan September 2021

Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah 1 gram gold bar dan terima kasih atas perkongsian kata semangat berkenaan pengalaman simpanan emas anda untuk motivasi kepada yang lain. Kami di Gold4u Network akan teruskan cabutan bertuah bulanan 1g gold bar untuk memberi peluang kepada penyimpan yang baru mula dan penyimpan yang konsisten menyimpan peluang untuk menangi 1g gold bar. Teruskan simpanan, anda akan nampak hasilnya di masa hadapan. Yang sudah mula, 5 tahun lepas sudah tersenyum sekarang, apa-apa pun kepada yang baru bermula masih tak terlambat kerana jika anda tidak lagi bermula dan bertindak sekarang, 5 tahun depan posisi anda akan masih sama seperti sekarang. Bayangkan betapa ruginya anda akan rasa 5 tahun hadapan kerana terlepas lagi peluang begitu saja menyimpan walaupun sekecil RM100 … Mula sekarang, kepada yang baru nak mula klik link di bawah untuk daftar percuma dan kami bantu untuk anda mulakan simpanan emas anda! Pengenalan Akaun Emas

0 Comments

Peluang Bisness Tanpa Modal untuk Semua Ahli

Semua ahli berdaftar, walaupun bukan Dealer juga berpeluang menjana pendapatan pasif melalui perniagaan sendiri menggunakan semua produk yang terdapat di platform PG Mall. PG Mall adalah satu-satunya pusat beli-belah online tempatan terbesar Malaysia yang menggunakan konsep “ConsuMerchant” iaitu konsep pengguna dan peniaga. Konsep ConsuMerchant membolehkan semua pelanggan yang berdaftar untuk menjadi peniaga dan menjana pendapatan secara online dengan berniaga barangan-barangan yang terdapat di platform PG MALL. Caranya sangat mudah, tonton video di bawah untuk faham konsep ConsumMerchant. Konsep ConsuMerchant PG MALL membolehkan pelanggan yang berdaftar (peniaga) buat duit dari rumah secara online dengan bisnes tanpa modal. Sangat mudah, tidak perlu buka kedai yang memerlukan modal yang besar, terpaksa sediakan duit pusing modal dan sebagainya, tak perlu bayar sewa kedai, dapatkan stok, membayar gaji pekerja, perlu keluar duit untuk biayai kos marketing dan promosi, juga pelbagai kos yang lain. Tempoh untuk dapat balik modal pula mungkin memakan masa yang lama. Berbeza dengan perniagaan melalui konsep ConsuMerchant PG MALL dengan adanya kedai tersedia, tak perlu keluar modal, bayar gaji pekerja, bayar sewa kedai, tidak perlu bimbang barang tidak terjual, tiada kos untuk berniaga, hanya perlu promosikan barangan di PG MALL untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Pendapatan Pasif Melalui PG Mall. Setiap pelanggan yang berdaftar di PG Mall berhak mendapat kempen Shop, Share dan Earn dimana apabila mereka (introducer) berkongsi pautan rujukan (referral link) kepada prospek pelanggan seperti rakan-rakan, keluarga atau bahkan kepada sesiapa saja melalui group whatsapp, mereka akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian per transaksi. Mekanisma yang sama berlaku untuk pelanggan baru yang juga berkongsi referral link mereka kepada pelanggan baru yang lain. Walaupun terdapat banyak peringkat pelanggan baru yang mendaftar, introducer akan mendapat pulangan tunai sebanyak…

0 Comments

Zakat Emas: Penyimpan dan Pelabur Emas perlu tahu

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah: “Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud) Apakah Syarat Wajib Zakat: Islam  – Zakat harta diwajibkan ke atas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.Merdeka – Zakat hanya wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.Sempurna milik – Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.Cukup nisab – Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.Cukup haul – Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi. Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah. Zakat Harta Emas Nisab emas ialah 20 dinar, 1 dinar = 4.25 gram, maka nisab emas adalah 20 x 4.25 gram = 85 gram. Zakat emas wajib dikeluarkan ke atas : Emas fizikal (barang kemas, Gold bar, Syiling emas – Dinar)Emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas), Akaun simpanan emas (GAP) danEmas dalam gadaian (Ar Rahnu)Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah bersamaan atau melebihi 85 gram. Selangor Boleh rujuk https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/ Kuala Lumpur Boleh rujuk https://www.zakat.com.my/ Kiraannya berbeza bagi situasi yang berikut; Emas PerhiasanEmas Bukan PerhiasanEmas Bercagar (Ar Rahnu)Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)Zakat Emas Untuk Perniagaan Emas PerhiasanEmas perhiasan adalah emas yang digunakan atau dipakai sebagai perhiasan sama ada sekali-sekala atau berterusan, dan jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat mengikut ketetapan Majlis…

0 Comments

Venezuelans Break Off Flakes of Gold to Pay for Meals, Haircuts

Semua tahu kan? untuk mengumpul grams yang banyak ia mengambil masa dan sekiranya cara simpanan anda hanyalah adhoc, sukar untuk anda perolehi grams yang banyak ketika harga emas naik tinggi. Berita dalam Bloomberg 20 Oktober 2021 baru-baru ini menyedarkan semua bahawa matawang boleh jatuh hingga kosong, dan nilai emas kekal dan sebenarnya emas adalah duit. Sejarah berulang di mana emas digunakan untuk mendapat bekalan makanan dan barang keperluan hidup.

0 Comments

Promosi FB Live 24 Oct – 28 Oct 2021

Sempena FB Live En Syukor Hashim, ada offer yang semua menunggu iaitu belian emas dengan bayaran secara Easy Payment Plan (EPP) 10X selama 10 bulan. Offer Tamat: 28 Oktober 2021 12 malam Dinar : 1 Dinar = RM118 sebulan *5 Dinar = RM559 sebulan 10 Dinar = RM1117 sebulan Goldbar Bungamas : 10 gram = RM263 sebulan 20 gram = RM525 sebulan 50 gram = RM1306 sebulan

0 Comments

Harga Emas Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai seorang Penyimpan atau Pelabur emas Public Gold ada beberapa harga emas yang anda perlu tahu: Harga Emas GAP Gold Accumulation Program dan SAP Silver Accumulation Program Harga emas GAP dan perak SAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 malam. Harga GAP dan SAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas atau perak fizikal, lebih rendah harga per gram. Amat penting juga tahu bahawa kedua-dua harga akan dikemaskini lebih dari sekali sekiranya berlaku pergerakan harga emas atau perak secara mendadak. Harga GAP dan SAP akan dikemaskini pada masa yang sesuai yang ditentukan oleh Public Gold. Harga Fizikal Emas dan PerakHarga emas dan perak fizikal dikemaskinikan setiap 20 minit berdasarkan pergerakan harga emas dunia. Harga tersebut belum termasuk kos premium. Harga per gram emas atau perak fizikal lebih murah untuk gram fizikal yang besar. Sebagai contoh, harga per gram untuk emas fizikal gold bar 100g lebih murah berbanding dengan harga per gram emas fizikal gold bar 50g. Untuk emas fizikal 1 gram ke bawah, harganya tetap dan tak berubah. Sebagai contoh, harga emas gold bar 1 gram ditetapkan pada harga RM350 dan 1/2 dinar pada harga RM750. PG Sell PG Sell ialah harga Public Gold menjual emas atau perak kepada pembeli. Harga yang dipaparkan di Public Gold website tidak termasuk Gold Premium. PG Buy PG Buy adalah harga Public Gold membeli emas atau perak dari penjual. Gold Premium Gold Premium adalah caj yang merangkumi kos-kos seperti logistik, gaji pekerja Public Gold, Insurans dan Kos minting Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

0 Comments

Adakah Public Gold Patuh Syariah?

Bila dapat soalan macam ni saya rasa bangga sebab banyak orang dah makin menitikberatkan isu ini. Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas. Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang memiliki sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Siapakah sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold? Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Biodata Penasihat Syariah Public Gold Mari saya perkenalkan, Penasihat utama syariah Public Gold. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Kumpulan Amanie dan sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Penyeliaan Syariah The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM). Datuk Dr Mohd Daud Bakar telah menerbitkan sejumlah artikel dalam pelbagai jurnal akademik dan membuat banyak pembentangan dalam pelbagai persidangan di seluruh dunia. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga merupakan ahli lembaga Syariah Indeks Pasaran Islam Dow Jones (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Middle East (London), antara institusi kewangan lain. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Berikut adalah pencapaian Public Gold (PG) dalam initiasif mendapatkan sijil pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd. 16 Januari 2017PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik). 8 Februari 2017 PG dianugerahkan sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas,…

0 Comments

Kriteria Sebelum Membeli emas

9 Kriteria yang wajib diambil kira sebelum membeli emas fizikal 999.9 Patuh SyariahSebagai seorang islam ini ialah perkara pertama yang perlu diambil kira. Pastikan syarikat memperolehi sijil pengesahan patuh syariah dari syarikat yang bertauliah yang mempunyai perkhidmatan “syariah advisory and consultancy”. Walau bagaimanapun, tanpa memiliki sijil tak semestinya syarikat itu tak patuh syariah. Cuma ia memerlukan kita sendiri untuk memastikan process jual beli patuh syariah.Harga Jual yang MurahBuat perbandingan harga beberapa syarikat jual beli emas 999.9 yang lain. Elok juga dapatkan harga dari kedai emas yang besar yang juga menjual emas 999.9, contoh Poh Kong, Habib Jewel. Perbandingan harga perlu dibuat bukan dengan harga promosi ya, sebab harga promosi mengikut musim. Carilah harga sememang rendah untuk anda membeli. Tapi perlu ingat tidak semestinya apa yang murah itu bagus sebab ada lagi kriteria lain yang perlu diambil kira, seperti susut nilai. Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang digembar-gemburkan, ambil kira fakta lain kerana kadang-kadang harga belian murah tapi susut nilainya bila nak jual balik lebih tinggi dari tempat lain.Susut Nilai (Spread) yang RendahAnda perlu tahu berapa kadar peratus (%) susut nilai yang dikenakan ketika hendak menjual semula emas. Ini kerana jika kadar peratus (%) susut nilai emas itu tinggi, ia memakan masa yang sangat lama untuk mendapatkan keuntungan dari hasil jualan.Stok emas tidak terhadPastikan syarikat berkenaan boleh menyediakan (supply) emas secara konsisten apabila harga turun. Kriteria ini sangat penting kerana bila harga emas turun dengan mendadak, sekiranya stok terhad, anda tidak akan berpeluang membuat pembelian ketika harga rendah.Mempunyai banyak cawanganBila syarikat mempunyai banyak cawangan ia juga menunjuk kekukuhan syarikat itu sendiri. Dengan cawangan syarikat yang banyak ia boleh memudahkan urusan jual beli dan anda boleh berurusan dengan sendiri dan lebih selamat, bergantung…

0 Comments

Apa Itu GAP?

GAP ialah akaun emas, singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah satu kaedah pembelian emas yang memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah, paling murah dan yang paling penting, ianya patuh syariah. PEMBELIAN EMAS SERENDAH RM100Akaun emas GAP sesuai kepada sesiapa yang mempunyai bajet kecil atau ada masalah untuk menyimpan emas sendiri. Dengan kaedah ini, pembeli yang mempunyai bajet yang kecil berpeluang membeli dan mengumpul secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100, ke dalam akaun emas GAP mereka. Bagi pembeli yang mempunyai bajet yang besar dan tidak mahu menyimpan emas sendiri, mereka boleh membeli dengan banyak pada sesuatu masa dan menyimpan emas mereka dalam akaun emas GAP. Pembelian emas yang dibuat melalui akaun emas GAP akan ditukar jadi gram emas 100%. Akaun emas GAP sama konsep seperti akaun bank. Akaun duit dalam bank ada ringgit, manakala akaun emas di Public Gold ada gram. Gram yang terkumpul dalam akaun emas akan dinilai mengikut harga emas semasa, dimana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Ringgit dalam akaun bank, dinilai dengan kuasa beli sesuatu masa. Berbeza dengan emas, nilai duit sentiasa dalam keadaan menurun dalam sesuatu jangkamasa. EMAS GAP DISOKONG EMAS FIZIKALEmas dalam akaun GAP disandarkan kepada emas fizikal. Maksudnya ianya boleh ditukar kepada fizikal gold bar atau dinar pada bila2 masa, bila gram sudah mencukupi. 24 JAM TRANSAKSI ONLINEUrusan jual beli emas boleh dibuat atas talian melalui perkhidmatan transaksi atas talian 24 jam yang disediakan oleh Public Gold. Ini adalah satu kelebihan kerana semua urusan jual beli emas boleh dibuat online mengikut masa yang sesuai bagi pembeli, tanpa perlu pergi ke cawangan Public Gold. AKAUN BERSAMA ANAKAkaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja…

0 Comments